Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Para ASEAN 2025: Malaysia kini sasar 55 emas rekod baharu di Thailand
  • SUKAN

Sukan Para ASEAN 2025: Malaysia kini sasar 55 emas rekod baharu di Thailand

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUASANA sekitar SPADT Convention Centre di sini, hari ini, menjelang pembukaan rasmi Sukan Para ASEAN (APG) ke-13 Thailand 2025 esok, dengan kontinjen Malaysia meletakkan sasaran 55 pingat emas sebagai penanda aras baharu selepas kejayaan membawa pulang 50 emas pada edisi Kemboja 2023. Foto Bernama

NAKHON RATCHASIMA: Kejayaan membawa pulang 50 pingat emas dari Kemboja pada edisi 2023 masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia sekali gus menjadi ‘ukuran’ bagi kontinjen negara menilai sama ada mereka mampu mengulangi prestasi cemerlang di Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025 yang akan membuka tirai secara rasmi di sini esok.

Kontinjen Malaysia menyasarkan 55 emas, satu cabaran lebih tinggi berbanding edisi sebelumnya menandakan tekad dan aspirasi untuk mencipta sejarah baharu dalam arena serantau yang kian kompetitif.

Kehadiran beberapa juara Paralimpik negara menambah intensiti persaingan sekali gus memberikan tekanan tambahan kepada atlet untuk membuktikan kebolehan dan ketahanan mental mereka di pentas penuh bermakna ini.

APG 2025 turut dianggap sebagai penanda aras awal menjelang dua kejohanan besar tahun ini iaitu Sukan Komanwel Glasgow 2026 pada Julai dan Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 pada Oktober yang menjadi platform sebenar menilai kesiapsiagaan atlet negara menuju Sukan Paralimpik Los Angeles 2028. 

Prestasi di Nakhon Ratchasima juga bakal menjadi ukuran awal persiapan untuk menjadi tuan rumah menjelang APG Malaysia 2027 pada Oktober tahun depan sekali gus menguji sepenuhnya keberkesanan latihan dan strategi kontinjen negara. 

SUASANA sekitar SPADT Convention Centre di sini, hari ini, menjelang pembukaan rasmi Sukan Para ASEAN (APG) ke-13 Thailand 2025 esok, dengan kontinjen Malaysia meletakkan sasaran 55 pingat emas sebagai penanda aras baharu selepas kejayaan membawa pulang 50 emas pada edisi Kemboja 2023. Foto Bernama

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG 2025 Mohd Zarrawi Ravi Abdullah sebelum ini secara terbuka meluahkan keyakinan bahawa sukan renang dan olahraga kekal menjadi lubuk emas manakala badminton serta berbasikal diharapkan menjadi punca tambahan yang mampu menaikkan semangat dan reputasi negara.

Antara atlet negara yang mencuri tumpuan ialah pemenang tiga pingat Paralimpik Muhammad Ziyad Zolkefli yang bakal beraksi dalam acara lontar peluru F20 (kecatatan intelektual) dan rejam lembing F20, membawa harapan tinggi peminat sukan negara yang menantikan setiap lontaran dengan penuh debaran serta kebanggaan.

Juara emas Paralimpik 2016 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pula akan turun dengan misi memburu podium acara 100 meter (m), 200m dan 400m T38 (kecatatan fizikal). 

Arena powerlifting dijangka mencuri perhatian dengan Bonnie Bunyau Gustin bertanding dalam kategori 80 kilogram (kg) manakala abangnya, Bryan Junency Gustin bagi kategori 88 kg, menambah ‘drama’ persaingan sengit di antara dua bintang dalam satu keluarga.

Juara Paralimpik 2020 dan 2024, Cheah Liek Hou pula bakal membawa cabaran utama Malaysia dalam perseorangan lelaki SU5 (kecatatan fizikal) dan beregu lelaki SU5, dengan setiap perlawanan akan menjadi medan membuktikan ketangkasan serta strategi tanpa kompromi. 

SUASANA sekitar SPADT Convention Centre di sini, hari ini, menjelang pembukaan rasmi Sukan Para ASEAN (APG) ke-13 Thailand 2025 esok, dengan kontinjen Malaysia meletakkan sasaran 55 pingat emas sebagai penanda aras baharu selepas kejayaan membawa pulang 50 emas pada edisi Kemboja 2023. Foto Bernama

Sementara itu, Muhammad Yusof Hafizi Shaharuddin diharapkan memberi impak besar dalam empat acara berbasikal iaitu dua acara trek dan dua acara lebuh raya. 

Abd Halim Mohammad, yang sebelum ini meraih lima emas dan satu gangsa di APG 2023, bakal beraksi dalam lapan acara renang sekali gus mempamerkan kepelbagaian serta stamina luar biasa yang mencerminkan latihan, disiplin dan semangat juang seorang atlet negara.

APG 2025 juga bakal menjadi pentas pertembungan generasi senior dan muda, menggabungkan pengalaman veteran dengan tenaga atlet baharu untuk memastikan kontinjen Malaysia bukan hanya bergantung kepada ‘bintang’ tetapi juga berjaya melahirkan jaguh baharu dalam setiap acara.

Sejarah cemerlang Malaysia di Kemboja 2023 iaitu 50 emas, 38 perak dan 35 gangsa untuk menduduki tangga keempat carta menjadi penanda aras yang menanti untuk ditandingi atau diatasi di Thailand. 

Ayuh, kontinjen Malaysia, inilah masa anda untuk berjuang habis-habisan dalam 18 acara sukan yang disertai dengan 259 pingat menanti. 

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Malaysia: Penang FC curi kemenangan tipis ke atas Kuching City FC
Next: Penang FC sedar halangan, persiap pasukan tempuh 90 minit di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.