Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Olimpik Khas Sibu anjur bola keranjang Unified pertama
  • SUKAN

Sukan Olimpik Khas Sibu anjur bola keranjang Unified pertama

Utusan Sarawak 8 hours ago
UNTUK KENANGAN…..Para peserta acara Sukan Bola Keranjang Unified Sukan Olimpik Khas Cawangan Sibu merakam kenangan pada perlawanan yang berlangsung di My Centre.

SIBU: Sukan Olimpik Khas Cawangan Sibu melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan kejohanan bola keranjang Unified pertama di negeri ini.

Penganjuran tersebut sekali gus memperkenalkan bola keranjang sebagai sukan baharu dalam kalendar Sukan Olimpik Khas Sarawak sejak awal tahun ini.

Sebanyak lima sekolah dengan penyertaan 55 atlet dan 14 Rakan Unified mengambil bahagian dalam pertandingan kemahiran individu, berpasukan serta acara bola keranjang Unified 3×3.

Dalam kategori lelaki, pasukan SMK Lanang 1 muncul juara, diikuti SMK Lanang 2 di tempat kedua dan SK Perbandaran Sibu No.4 di tempat ketiga. SJK Uk Daik dan SJK Chung Cheng masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima.

Bagi kategori perempuan, SMK Lanang sekali lagi menjuarai acara tersebut, manakala SJK Uk Daik meraih tempat kedua.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada Moma Water atas penajaan air minuman, selain sokongan padu sukarelawan, guru serta ibu bapa yang hadir memberi semangat kepada para atlet sepanjang kejohanan.

Penganjuran ini bukan sahaja membuka ruang penyertaan sukan secara inklusif, malah mencerminkan komitmen Sukan Olimpik Khas Sarawak dalam memperkasa bakat dan potensi atlet berkeperluan khas di negeri ini.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Amorim mahu United lebih klinikal selepas perlawanan ‘gila’ menentang Bournemouth
Next: Keserasian pacu kuartet 4x100m negara pecah rekod kebangsaan – Mohd Manshahar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.