Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan futsal bina disiplin elak gejala negatif
  • SUKAN

Sukan futsal bina disiplin elak gejala negatif

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie pada Majlis Penutupan Kejohanan Futsal Kasut Emas Piala Dato Sri Doris Sophia Brodie di Gelanggang Futsal RPR Taman Sentosa Indah, semalam. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie menegaskan bahawa penglibatan anak muda dalam sukan seperti futsal merupakan alternatif terbaik untuk menghindarkan diri daripada gejala sosial dan aktiviti tidak sihat.

Menurut beliau, sukan bukan sekadar soal menang atau kalah tetapi medan untuk membentuk disiplin, semangat berpasukan, ketahanan mental dan integriti diri.

“Saya menggesa belia Sri Aman agar menjadikan sukan sebagai gaya hidup kerana ia memberi manfaat besar, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental dan emosi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Futsal Kasut Emas Piala Dato Sri Doris Sophia Brodie di Gelanggang Futsal RPR Taman Sentosa Indah, semalam.

DATO Sri Doris Sophia Brodie pada Majlis Penutupan Kejohanan Futsal Kasut Emas Piala Dato Sri Doris Sophia Brodie di Gelanggang Futsal RPR Taman Sentosa Indah, semalam. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

Doris berkata, objektif penganjuran kejohanan ini adalah bagi menyediakan ruang dan peluang kepada generasi muda bersaing dalam aktiviti sukan yang sihat, positif dan bermanfaat.

Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan semua pemain sepanjang kejohanan, sekali gus membuktikan sukan mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang, umur mahupun jantina.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan lebih banyak pasukan khususnya wanita tampil menyertai kejohanan pada edisi akan datang.

Pada aksi final itu, pasukan Delisya X muncul juara kategori lelaki selepas menewaskan Delisya FT 1-0 menerusi penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 5-5 pada masa penuh. 

Delisya X membawa pulang RM2,200 berserta piala pusingan, piala dan pingat, manakala Delisya FT selaku Naib Juara menerima RM1,700 berserta piala dan pingat.

Kedudukan ketiga bersama dimenangi pasukan Mix Flat dan GM FT, masing-masing meraih RM900 beserta piala dan pingat.

Bagi kategori wanita, pasukan Pusat Khidmat Sri Aman dinobatkan juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,200, piala pusingan, piala dan pingat. 

Pasukan LSDU pula di tempat kedua menerima RM1,700, diikuti Avengers (RM900) di tempat ketiga, manakala WBB 31 di tempat keempat dengan RM500.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: AGG Sarawak 2025 tarik lebih 150 gimnas muda dari Sarawak dan Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.