Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Borneo Kuching 2025: Olahraga Sarawak raih 10 emas hari kedua
  • SUKAN

Sukan Borneo Kuching 2025: Olahraga Sarawak raih 10 emas hari kedua

Utusan Sarawak 3 days ago

TAHNIAH… Para pemenang acara olahraga hari kedua Borneo Games Kuching (BGK) 2025 yang merangkul pingat emas, perak dan gangsa dalam rejam lembing, lompat jauh, lempar cakera, lompat tinggi serta 200 meter wanita.

KUCHING: Kontinjen olahraga Sarawak terus unggul apabila mengutip 10 pingat emas sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku tuan rumah dalam carta pungutan pingat pada hari kedua Sukan Borneo Kuching (BGK) 2025.

Lima emas berjaya diraih pada sesi pagi manakala baki lima lagi disempurnakan pada acara sebelah petang, hari ini.

Aksi petang dimulakan dengan kejayaan Ng Jing Xuan mendapat pingat emas menerusi acara rejam lembing wanita selepas mencatat balingan sejauh 44.51 meter.

Farisha Athirah Wai (36.80m) pula mendapat pingat perak manakala pingat gangsa diraih Connielyne Anne Peter (35.08m) sekali gus memastikan sapuan podium untuk Sarawak.

Rentetan kemenangan berterusan apabila Maritza Ferrer Neil Armstrong mengungguli acara lompat jauh wanita dengan lompatan sejauh 5.40 meter untuk pingat emas.

Pingat perak diraih Joanna Sangster (5.01m) manakala pingat gangsa menjadi milik Darellyn Denisa Deng Dannis (4.94m), menjadikan podium sekali lagi milik penuh Sarawak.

Jonah Chang Rigan menjuarai acara lempar cakera lelaki dengan catatan 50.26 meter untuk pingat emas, sementara perak diraih atlet Sabah, Syed Ali Syed Ahmad (42.52m) dan gangsa menjadi milik wakil Sarawak, Jeremy Langgang Wilson (37.80m).

Sementara itu, dalam acara lompat tinggi wanita, Rosita Lua Jabing memastikan emas keempat pada sesi petang dengan lompatan 1.56 meter.

Pingat perak pula dimenangi Chloe Then Shiang Yee (1.53m) manakala pingat gangsa diraih Thrisya Abong (1.49m), sekali lagi menyaksikan dominasi penuh atlet Sarawak di podium.

Penuaian pingat emas Sarawak pada sesi petang disempurnakan oleh pelari pecut, Ormilla Octavia Codday Nyadau yang menjuarai acara 200 meter wanita dengan catatan 25.26 saat.

Pingat perak dimenangi wakil Kalimantan Timur (25.49s) manakala pingat gangsa menjadi milik atlet Sabah, Siti Norjahera Beliamor (25.62s).

Secara keseluruhan, acara olahraga hari kedua menyaksikan Sarawak menutup tirai dengan pencapaian cemerlang 10 emas, 13 perak dan 10 gangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan tuan rumah di persada pungutan pingat.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Pertahanan muda Liverpool terpaksa berehat setahun
Next: Sukan Borneo 2025: Sarawak dominasi renang, raih lebih banyak emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.