Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Borneo 2025: Sarawak unggul dengan enam emas memanah berpasukan
  • SUKAN

Sukan Borneo 2025: Sarawak unggul dengan enam emas memanah berpasukan

Utusan Sarawak 2 days ago
PASANGAN Mohd Zullhannizam Mohamad Ali Bohan dan Suryani Effendi menghadiahkan Sarawak pingat emas bagi kategori Barebow Berpasukan Campuran. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kontinjen Sarawak menguasai acara memanah pada Sukan Borneo 2025 apabila meraih enam pingat emas dalam kategori berpasukan yang berlangsung di Stadium Negeri, hari ini.

Emas pertama diraih dalam kategori Barebow Berpasukan Campuran menerusi gandingan Mohd Zullhannizam Mohamad Ali Bohan dan Suryani Effendi.

GANDINGAN Mohd Faizal Rosli, Mohd Zullhannizam Mohamad Ali Bohan, Yahkub Hashim dan Wan Yunus Wan Sait membawa pulang emas untuk Sarawak bagi kategori Barebow Berpasukan Lelaki. Foto UKAS

Kejayaan itu diteruskan dalam kategori Barebow Berpasukan Lelaki apabila trio Mohd Faizal Rosli, Mohd Zullhannizam Mohamad Ali Bohan dan Yahkub Hashim menewaskan lawan untuk pingat emas kedua.

TRIO Jaccard Lee, Ryan Yong Shun Lin dan Zhorif Fahim Fadhillah mengungguli perlawanan akhir dan meraih emas buat Sarawak bagi kategori Kompaun Berpasukan Lelaki. Foto UKAS

Bagi kategori Kompaun Berpasukan Lelaki yang dibarisi Jaccard Lee, Ryan Yong Shun Lin dan Zhorif Fahim Fadhillah pula menghadiahkan emas ketiga.

PASANGAN Cecil Nathanael Busu Polycap dan Sabrina Ryu Sin Chin memenangi emas untuk kontinjen Sarawak bagi kategori Recurve Berpasukan Campuran. Foto UKAS

Dalam pada itu, kategori Recurve Berpasukan Campuran menyaksikan gandingan Cecil Nathanael Busu Polycap dan Sabrina Ryu Sin Chin menambah emas keempat buat Sarawak.

PASUKAN wanita Sarawak yang dibarisi Eunice Kong, Konny Su Yee Wong, Nurul Ain Nasuha Iskandar dan Sabrina Ryu Sin Chin turut meraih pingat emas bagi kategori Recurve Berpasukan Wanita. Foto UKAS

Sarawak turut unggul dalam kategori Recurve Berpasukan Wanita melalui kombinasi Eunice Kong, Konny Su Yee Wong dan Sabrina Ryu Sin Chin.

GANDINGAN mantap Cecil Nathanael Busu Polycap, Melvin Tieh Xuan Ruey, Yu Jie Liew dan Darren Chua Huay Zhe melengkapkan koleksi emas Sarawak bagi kategori Recurve Berpasukan Lelaki. Foto UKAS

Kemenangan gemilang itu dilengkapkan dalam kategori Recurve Berpasukan Lelaki yang dibarisi Cecil Nathanael Busu Polycap, Melvin Tieh Xuan Ruey dan Yu Jie Liew, sekali gus mengukuhkan dominasi Sarawak dengan kutipan enam pingat emas keseluruhan.

Oleh Adele Rissa

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Danial Hakim cipta kejayaan gemilang, bawa emas 800m untuk Sarawak
Next: FIFA : Beri ruang kepada FAM lengkapkan proses rayuan – Hannah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.