
PETRA JAYA: Atlet Sarawak terus cemerlang apabila menguasai acara memanah pada Sukan Borneo 2025 yang berlangsung di Sarawak Archery Range Petra Jaya hari ini, dengan membolot kesemua pingat emas yang dipertandingkan.
Acara Recurve Wanita 50 meter menyaksikan Nurul Qistina Kamaruzaman menghadiahkan emas buat Sarawak selepas menewaskan rakan senegeri, Norhafizah Salim dengan kutipan keseluruhan enam mata.

Jaccard Lee memastikan emas milik Sarawak selepas mengungguli acara Kompaun Lelaki 50 meter dengan kutipan 141 mata, hanya satu mata meninggalkan rakan sepasukan, Zhorif Fahim Fadhillah.

Bagi saingan Recurve Wanita 70 meter, Eunice Kong menghadiahkan emas buat Sarawak selepas mengetepikan lawan dari Sabah, Carolyn Hui Yin Chye dengan catatan enam mata.
Tambahan emas pada hari ini melonjakkan kontinjen Sarawak di landasan tepat untuk merebut gelaran juara keseluruhan Sukan Borneo.
Keputusan itu menjadikan jumlah kutipan kontinjen Sarawak dalam memanah meningkat kepada 29 pingat termasuk 14 emas, sembilan perak dan enam gangsa.
Oleh Masrin Affirah dan Amanda L