Sukan Borneo 2025: Sarawak kutip 16 pingat emas, 19 perak, 12 gangsa hari pertama

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
OLAHRAGA… Bagi acara olahraga, Sarawak membuktikan status sebagai kuasa besar dengan meraih empat pingat emas, lima perak dan lima gangsa. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kontinjen tuan rumah, Sarawak mempamerkan permulaan cemerlang pada hari pertama Sukan Borneo 2025 apabila mendominasi beberapa acara utama.

Bagi acara olahraga, Sarawak membuktikan status sebagai kuasa besar dengan meraih empat pingat emas, lima perak dan lima gangsa hasil penguasaan hampir keseluruhan acara akhir yang berlangsung.

OLAHRAGA… Wakil Sarawak, pasukan 4×100 meter lelaki bagi acara olahraga Sukan Borneo 2025

Antara penyumbang emas, pelari pecut sensasi, Dylan Leo Saran Stephen, jaguh lontar peluru, Jonah Chang Rigan, permata lompat galah, Evelyne Xie Yie Tan serta pasukan 4×100 meter lelaki yang disambut sorakan gemuruh penyokong tuan rumah.

Kecemerlangan itu turut diteruskan dalam acara memanah apabila Sarawak membawa pulang lima pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa daripada enam kategori individu yang dipertandingkan.

OLAHRAGA… Jonah Chang Rigan, jaguh lontar peluru mewakili Sarawak bagi Sukan Borneo 2025.

Penguasaan jelas kelihatan dalam acara recurve, compound dan barebow, dengan atlet-atlet tuan rumah menafikan cabaran peserta dari Sabah, Labuan dan Kalimantan Timur.

Sukan boling padang tidak kurang hebatnya apabila Sarawak menambah dua emas menerusi acara Pair Lelaki (Muhammad Zikrullah Zaidi dan Rosman Majunit) serta Women’s Four (Dyg Nur Ezaty Sharfieza Abang Gadisa, Mya Zara Amir, Nur Hidayah Faizal dan Nur Fitrah Rosmadi), selain meraih dua perak.

AKUATIK… Sarawak turut menyumbang lima emas masing-masing menerusi kategori kuak kupu-kupu lelaki, kuak lentang lelaki, 400 meter Medley Individu lelaki dan wanita serta 4×100 meter Renang Berganti-Ganti Campuran di samping sembilan perak dan empat gangsa.

Sementara itu, dalam acara akuatik, Sarawak turut menyumbang lima emas masing-masing menerusi kategori kuak kupu-kupu lelaki, kuak lentang lelaki, 400 meter Medley Individu lelaki dan wanita serta 4×100 meter Renang Berganti-Ganti Campuran di samping sembilan perak dan empat gangsa.

Secara keseluruhan, kontinjen Sarawak menutup tirai hari pertama temasya dengan kutipan 16 pingat emas, 19 perak dan 12 gangsa, sekali gus meletakkan diri dalam kedudukan terbaik memburu gelaran juara keseluruhan Sukan Borneo 2025.

Oleh Shahrul Qaizat dan Amanda L

Bilic kembali teraju Croatia

ZAGREB, Croatia: Slaven Bilic kembali dilantik sebagai ketua jurulatih Croatia, umum Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS) hari ini, bagi menggantikan