Sukan akuatik Sarawak terus dipertingkatkan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
TENDANGAN PADU… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menunjukkan kebolehan melakukan tendangan padu pada simbolik perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sambil diiring Dato Henry Sum Agong.

LAWAS: Sukan akuatik Sarawak terus dipertingkatkan melalui pembinaan pusat akuatik Lawas yang sedang dalam perlaksanaan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia membolehkan sukan renang dan terjun dapat diadakan selain memberi kemudahan penduduk tempatan mengasah bakat dalam sukan akuatik.

HADIAH… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan diiringi Dato Henry Sum Agong dan jawatankuasa pengelola Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah berupa sebuah motosikal.

Tambahnya, kemudahan ini membolehkan kejohanan besar akuatik dapat diadakan di Lawas.

Jelasnya, kemudahan sukan lain juga akan turut diberi perhatian untuk dinaik taraf demi mengalakkan aktiviti bersukan di Utara Sarawak.

“Pusat akuatik ini dibuat mengikut standard Olimpik dan diharap akan dapat memberi satu kemudahan untuk mengadakan latihan.

BAKAL BERTARAF OLIMPIK… Pusat Akuatik Lawas bakal menjadi venue kejohanan sukan akuatik dan medan melahirkan sukan akuatik masa depan Sarawak.

“Kita berharap adanya kejohanan besar nanti boleh di tempatkan di sini,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan edisi pertama 2024 di Komplek Sukan Lawas semalam.

Kejohanan ini disertai 30 pasukan dari Kuching, Sabah, Brunei, Limbang dan Lawas.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Haji Jawa, Pengerusi Pengelola yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Bukit Sari Haji Talip Basir, Exco Pergerakan Pemuda Parti PBB Steve Lius dan kenamaan lainnya.