Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Suhaimi Johan dilantik Pengerusi Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah baharu
  • WILAYAH

Suhaimi Johan dilantik Pengerusi Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah baharu

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa hadir pada sesi perjumpaan barisan pengurusan jawatankuasa baharu Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Suhaimi Johan dilantik sebagai Pengerusi Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah bagi sesi 2025 hingga 2027, menggantikan kepimpinan terdahulu dalam usaha memperkasa fungsi dewan sebagai pusat komuniti setempat.

Barisan kepimpinan baharu turut menampilkan Nor Ridhuan Jamari (Timbalan Pengerusi), Abang Shamsir Abang Bushri (Setiausaha), Hamzah Uthman (Bendahari), Abang Suffian Abang Ahmad (Timbalan Bendahari) dan Kaunselor Abdul Hisham Ahmad (Audit Dalaman).

Sembilan Ahli Jawatankuasa yang dilantik ialah Redzuan Zainuddin, Abdul Rahim Mohamad Salleh, Suhaimi Elie, Mohd Ebnur Suhaimi, Ramli Sera, Abdul Kadir Untong, Ismail Rafiee, Kamaruddin Julaihi dan Wan Hairie Wan Bujang.

DATUK Francis Harden Hollis semasa hadir pada sesi perjumpaan barisan pengurusan jawatankuasa baharu Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

Sesi perjumpaan barisan pengurusan jawatankuasa baharu itu dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, dekat sini semalam.

Harden turut menyampaikan ucapan tahniah serta harapan agar dewan dimanfaatkan untuk program bermanfaat seperti sesi ceramah, majlis, aktiviti sukan dan pembangunan masyarakat.

Beliau menegaskan kemudahan dewan itu adalah hasil peruntukan kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang disalur melalui wakil rakyat dan ini merupakan projek pembangunan dalam aspek fizikal untuk kelestarian sosial.

Harden juga menerima taklimat peralihan pengurusan daripada jawatankuasa lama, selain meninjau kerja-kerja menaik taraf dewan yang kini lebih kemas dan bersih.

Suhaimi yang juga merupakan Ketua Kampung Muhibbah Zon Timur mengucapkan terima kasih kepada ADUN Simanggang itu diatas jasa membantu masyarakat Melayu di kawasan DUN Simanggang dalam menyediakan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk manfaat masyarakat Melayu secara keseluruhannya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 37 pertubuhan terima cek berjumlah RM301,600
Next: SAR hari ketiga masih buntu menemukan warga Myanmar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.