Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sudirman Kram Ketua Polis Daerah baharu IPD Lundu
  • TEMPATAN

Sudirman Kram Ketua Polis Daerah baharu IPD Lundu

Utusan Sarawak 2 months ago
PESURUHJAYA Polis Sarawak, Dato Mancha Ata menyaksikan majlis penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Lundu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu, hari ini. Superintenden Damataries Lautin (kiri) menyerahkan jawatan kepada Superintenden Sudirman Kram (kanan).
FotoFacebook Polis Sarawak

LUNDU: Polis Sarawak akan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) secara berperingkat di seluruh negeri bagi memastikan pegawai dan anggota dapat bertugas dalam persekitaran lebih selesa serta produktif.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, berkata setakat ini, empat IPD telah dinaik taraf daripada Kategori C ke Kategori B, dengan proses ini dijalankan seiring dengan kenaikan pangkat pegawai bertugas.

“Bagi IPD dalam Kategori B, jawatan yang disandang ialah Superintenden, manakala bagi Kategori C, jawatannya ialah Deputi Superintenden Polis (DSP). 

“Pada peringkat awal, empat IPD yang telah dinaik taraf ke Kategori B ialah IPD Lundu, IPD Kota Samarahan, IPD Serian, dan IPD Sri Aman,” katanya.

Mancha Ata berkata demikian menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Lundu antara Superintenden Damataries Lautin dan Superintenden Sudirman Kram di IPD Lundu, hari ini.

Jelasnya, perancangan menaik taraf IPD Lundu mengambil kira lokasinya yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia, menjadikannya salah satu faktor utama dalam pelaksanaan naik taraf.

SERAH Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Lundu daripada Sandhora Diyon kepada Dayang Zainab Abang Mahmud, disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Faisha Ishak. Foto Facebook Polis Sarawak

Pada majlis sama, turut diadakan Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Lundu daripada Sandhora Diyon kepada Dayang Zainab Abang Mahmud, disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, Faisha Ishak.

Mancha turut menegaskan bahawa serah terima tugas bukan sekadar pertukaran jawatan, tetapi juga satu simbol penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi pegawai dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek pembentungan berlanjutan sekian lama di Kampung Gita kini dipergiat  
Next: Laluan masuk utama Lorong Stapok Utama 1 ditutup sementara hingga 16 April depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.