Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sudan: Sekurang-kurangnya 15 maut feri terbalik di Sungai Nil
  • GLOBAL

Sudan: Sekurang-kurangnya 15 maut feri terbalik di Sungai Nil

Utusan Sarawak 3 hours ago
KUMPULAN perubatan menekankan kekurangan langkah keselamatan asas yang kritikal dan tindak balas yang tertangguh daripada pihak berkuasa tempatan susulan tragedi sungai itu. Foto fail AGENSI

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 15 maut apabila sebuah feri penumpang yang membawa lebih 27 orang karam di Sungai Nil, utara Sudan pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kumpulan perubatan.

Lebih 27 orang, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas, menaiki feri yang berulang-alik antara kawasan Taiba Al-Khawad dan Deim Al-Qarray di lokaliti Shendi, menurut Sudan Doctors Network dalam satu kenyataan.

Sudan Doctors Network memaklumkan bahawa 15 mayat telah ditemukan setakat ini dan enam orang berjaya diselamatkan, manakala penduduk tempatan serta pasukan pertahanan awam masih meneruskan operasi mencari mangsa yang masih hilang.

“Sudan Doctors Network mendesak pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan segera dengan menghantar pasukan penyelamat khusus serta peralatan mencari dan menyelamat,” menurut kenyataan itu, sambil menggesa langkah segera diambil bagi memastikan keselamatan pengangkutan sungai dan mencegah berulangnya bencana seperti itu yang meragut nyawa orang yang tidak bersalah. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Edar dadah: Lelaki Malaysia dihukum mati di Singapura
Next: Angka korban akibat Siklon Gezani di Madagascar meningkat kepada 31 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.