Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sudan lapor 1,307 kes kolera dalam seminggu
  • GLOBAL

Sudan lapor 1,307 kes kolera dalam seminggu

Utusan Sarawak 3 days ago

KHARTOUM: Sudan melaporkan sebanyak 1,307 kes baharu kolera, termasuk 18 kematian dalam tempoh seminggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor Xinhua.

“Antara 12 hingga 18 Julai, sebanyak 1,307 kes kolera direkodkan termasuk 18 kematian membabitkan 35 daerah di 12 negeri,” menurut kenyataan kementerian itu.

Tawila di negeri Darfur Utara mencatat jumlah jangkitan tertinggi dengan 519 kes, manakala Bileil di Darfur Selatan mencatat jumlah kematian tertinggi.

Sejak Julai 2024, jumlah keseluruhan kes kolera di seluruh Sudan meningkat kepada 91,034 kes, termasuk 2,302 kematian di 116 daerah merentasi 17 negeri.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) baru-baru ini memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Sudan semakin meruncing susulan wabak kolera yang membawa maut, banjir serta kepulangan beramai-ramai penduduk ke kawasan yang kekurangan kemudahan asas.

Sudan kini dilanda wabak yang merangkumi pelbagai penyakit berkaitan musim tengkujuh, termasuk malaria, kolera dan demam denggi.

Negara itu juga masih bergolak akibat konflik antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces yang meletus sejak April 2023.

Pertempuran berterusan itu meragut puluhan ribu nyawa dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Unit kuasa sampingan pesawat Air India dari Hong Kong ke Delhi terbakar selepas mendarat
Next: Thailand siap sedia hadapi ribut tropika Wipha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.