Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Subsidi kerajaan meningkat kepada RM3.2 bilion susulan kenaikan harga minyak dunia
  • SEMASA

Subsidi kerajaan meningkat kepada RM3.2 bilion susulan kenaikan harga minyak dunia

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu, susulan kenaikan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.

“Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel,” katanya.

Perdana Menteri berkata sejak kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh serangan rejim Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, ramai mempersoalkan mengapa Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak turut terkesan.

Beliau berkata Selat Hormuz yang merupakan laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik itu, menyebabkan bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak.

Anwar berkata Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui selat berkenaan.

“Walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita sebenarnya mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport,” kata beliau.

Pada 28 Februari lepas, AS dan Israel mula menyerang sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam.

Iran pula melancarkan serangan balas terhadap wilayah Israel serta aset-aset AS di Asia Barat, selain menutup selat Hormuz.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak lelaki 10 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak
Next: Majlis Ramah Mesra Rakyat bersempena Aidilfitri eratkan perpaduan rakyat Petra Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.