Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Subis berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan budaya, makanan – Abdul Karim
  • Utara
  • WILAYAH

Subis berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan budaya, makanan – Abdul Karim

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ALBUM… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (duduk) bersama Datuk Rosey Yunus, Datuk Dr Ripin Lamat dan Dato Lukanisman Awang Sauni ketika hadir ke Majlis Melanggar Meja dan Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Subis di Bekenu, hari ini.

BEKENU: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak mempunyai peruntukan besar untuk melaksanakan program dan acara kesenian serta industri kreatif.

Kementerian Pelancongan juga memiliki Dana Mudahcara Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak untuk meningkatkan lagi peranan badan-badan kebudayaan setempat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, daerah ini (Subis) memiliki tarikan untuk pembangunan pelancongan berasaskan makanan dan kebudayaan.

“Saya dapat melihat kawasan ini cukup menarik sekali untuk pembangunan-pembangunan berkenaan dengan makanan, berkenaan dengan kraf, berkenaan dengan kebudayaan, tarian dan sebagainya.

“Sebab itulah untuk kita mengangkat budaya-budaya, kita perlu perayaan seperti ini (Hari Raya),” katanya di majlis perasmian Melanggar Meja dan Ramah-Tamah Aidilfitri Daerah Subis di Dewan Arena Sibuti, Bekenu, hari ini.

Tambahnya, kawasan Parlimen Sibuti yang merangkumi Bekenu dan Lambir juga mempunyai banyak suku kaum yang memiliki pelbagai kebudayaan, kesenian dan makanan.

“Kepelbagaian makanan dan kebudayaan yang dimiliki oleh penduduk di daerah ini harus diangkat dan dipromosikan agar mampu menjadi produk pelancongan yang dikenali di peringkat antarabangsa.

“Setiap tahun festival gendang di Kuching, semasa Regata Sarawak, mesti ada yang datangnya (peserta) dari kawasan Subis,” katanya.

Sehubungan itu, katanya lagi, majlis ini bertujuan untuk menghidupkan adat budaya Melanggar Meja pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis ini sedikit sebanyak akan dapat merapatkan silaturahim penduduk setempat dan secara tidak langsung menghidupkan budaya dari zaman silam kepada masa akan datang.

Majlis itu merupakan acara tahunan rasmi bagi Daerah Subis yang diadakan khusus untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh perpaduan dan muhibah, jelasnya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tuai rumah pemangkin ekonomi komuniti rumah panjang di Spaoh
Next: Hasbi hadir majlis persandingan anak Abdul Rahman di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.