Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Subis Agrofest 2025 tawar pelbagai aktiviti pertanian mulai 1 Ogos
  • Utara
  • WILAYAH

Subis Agrofest 2025 tawar pelbagai aktiviti pertanian mulai 1 Ogos

Utusan Sarawak 18 hours ago
WARGA Subis dijemput datang ke Subis Agrofest 2025 pada 1 hingga 3 Ogos di Dewan Masyarakat Batu Niah, bermula 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

BATU NIAH: Warga Subis dijemput menghadiri Subis Agrofest 2025, ekspo pertanian terbesar di daerah itu yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos di Dewan Masyarakat Batu Niah, bermula 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Bertemakan ‘Mengindustrikan Sektor Agro Melalui Teknologi Pintar’ ini nanti akan dirasmikan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom pada 2 Ogos 10.00 pagi.

Program ini mempunyai pelbagai aktiviti yang bakal memberi manfaat kepada penduduk luar bandar.

Program di hari pertama dimulakan dengan demonstrasi cantuman pokok buah-buahan, diteruskan dengan taklimat bahaya rabies dan ayam saga, demonstrasi pengendalian dron, pertandingan mewarna dan pertandingan karaoke amatur.

Program di hari kedua diisi dengan taklimat oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), taklimat pembangunan pertanian daerah, diteruskan dengan majlis perasmian dan demonstrasi masakan oleh Seksyen Industri Asas Tani.

Pada sebelah malamnya bermula 7.00 malam, suasana ekspo akan dimeriahkan dengan persembahan konsert oleh artis jemputan Phoebe Chloe dan Mawat.

Hari ketiga ialah taklimat oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Agrobank dan Perkhidmatan Awam Sarawak.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kesedaran digital luar bandar diperkasa melalui Program Sembang Santai
Next: Wadah perkukuh budaya, perkasa identiti masyarakat Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.