Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Suasana pilu iringi pengebumian Joey Ling
  • Tengah
  • WILAYAH

Suasana pilu iringi pengebumian Joey Ling

Utusan Sarawak 17 hours ago
JASAD… Mendiang Joey disembahyangkan di Pusat Perkhidmatan Kremasi Bukit Lima hari ini, sebelum upacara penghormatan terakhir.

SIBU: Suasana pilu menyelubungi Pusat Perkhidmatan Kremasi Bukit Lima hari ini, apabila keluarga dan sahabat handai hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Joey Ling yang maut dalam tragedi berkayak di Pantai Merdeka, Kedah, Sabtu lalu.

Terdahulu, pada 7.00 pagi, jasad mendiang disembahyangkan di pusat tersebut, sebelum dibawa ke Taman Memorial Grace Methodist, Kemuyang pada 8.00 pagi, untuk dikebumikan.

Perarakan pengebumian turut diiringi polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

SUASANA PILU…Menyelubungi Pusat Perkhidmatan Kremasi Bukit Lima hari ini, apabila keluarga dan sahabat hamdai hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Joey Ling yang maut dalam tragedi berkayak di Pantai Merdeka, Kedah, Sabtu lalu.

Mendiang Joey, 21, bekas pelajar SMK Tung Hua Sibu, merupakan antara dua pelajar Sarawak dari IPG Perlis yang terkorban dalam insiden semasa aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, berhampiran Sungai Petani, Kedah.

Seorang lagi mangsa, Christopher Ling, 21, bekas pelajar SMK Sungai Tapang, Kuching, turut terkorban, meninggalkan keluarga serta masyarakat Sarawak dalam kesedihan mendalam.

Turut hadir memberikan penghormatan ialah Penghulu Ting Tien Huat bersama wakil Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pelawan bagi pihak Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, serta pelajar IPG Rajang dan orang awam.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PDRM terus prihatin, ziarah pesara polis terlantar di Sri Aman
Next: Safiee puji komitmen TBS anjur program berimpak tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.