Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Suasana pilu iringi jenazah isteri Premier Sarawak di Masjid Jamek
  • SEMASA

Suasana pilu iringi jenazah isteri Premier Sarawak di Masjid Jamek

Utusan Sarawak 17 hours ago
JENAZAH Allahyarhamah tiba pada 10.15 pagi, diiringi kenderaan khas dari kediaman rasmi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang terletak kira-kira satu kilometer dari Masjid Jamek.

PETRA JAYA: Suasana penuh hiba menyelubungi Masjid Jamek, di sini, pagi ini apabila jenazah isteri kepada Premier Sarawak, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, tiba untuk disolatkan dan diberikan penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarhamah tiba pada 10.15 pagi, diiringi kenderaan khas dari kediaman rasmi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang terletak kira-kira satu kilometer dari masjid berkenaan.

Ketibaan jenazah disambut dalam suasana sayu, dengan keranda diusung masuk oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sebelum ditempatkan di pentas khas di ruang utama solat masjid.

Ini bagi membolehkan para pemimpin serta rakyat pelbagai lapisan menzahirkan penghormatan terakhir.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Hadir sama bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang, ADUN Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Manta Ata, ADUN Padungan, Chong Chieng Jen serta ADUN Pending, Violet Yong.

Anggota keluarga dan saudara mara Allahyarhamah juga hadir, termasuk dua orang anak beliau, Abang Abdillah Izzarim, 45, dan Dayang Norjihan, 43.

Allahyarhamah merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri kedua, Allahyarham Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Beliau dikenang sebagai seorang isteri pemimpin yang rendah hati, penyayang dan sentiasa dekat di hati rakyat.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TPM ziarah Premier Sarawak, zahir takziah atas pemergian Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang
Next: Allahyarham Juma’ani seorang wanita penyayang, lembut tutur kata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.