
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa mengadakan makan malam bersama ahli keluarga di kediaman rasminya malam ini.
Antara yang hadir dalam pertemuan kekeluargaan tersebut ialah anaknya Sharifah Nuriel Barieyah, suami beliau David, serta cucu tersayang, Feona.
Majlis makan malam yang dihiasi dengan hidangan istimewa seperti kari hijau, ikan siakap stim limau, sayur kailan ikan masin, tom yam, bakso dan pelbagai juadah lain telah menambah kemesraan suasana.

Pertemuan itu menjadi detik yang cukup bermakna apabila ia diisi dengan perbualan santai, gelak tawa, serta gelagat mencuit hari cucunya Feona yang semakin membesar.
Suasana penuh muhibah tersebut turut menguatkan lagi ikatan kasih sayang dan silaturahim keluarga.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan rasa syukur kerana kesempatan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah mengingatkan betapa pentingnya nilai kebersamaan dalam kehidupan berkeluarga.