Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Suasana hiba selubungi Jeti Kabong, operasi SAR ditamatkan petang tadi
  • Selatan
  • WILAYAH

Suasana hiba selubungi Jeti Kabong, operasi SAR ditamatkan petang tadi

Utusan Sarawak 1 day ago

DATO Mohd Chee Kadir hadir bagi memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa di jeti Kabong, petang tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Suasana hiba menyelubungi Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Jeti Kabong apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam yang memasuki hari ketujuh hari ini ditamatkan secara rasmi pada 5.00 petang tadi.

Mangsa, Muhammad Aiman Tuah, 24 tahun, dilaporkan hilang bersama bapanya, Tuah Bujang, 57 tahun, ketika keluar menangkap ikan di Laut Kabong pada 3 September lalu. Jasad bapanya ditemui pada hari ketiga operasi, manakala Aiman masih gagal dikesan sehingga ke hari ini.

DATO Mohd Chee Kadir hadir bagi memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa di jeti Kabong, petang tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Riak wajah penuh kesedihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir jelas menggambarkan rasa pilu terhadap tragedi yang menimpa keluarga mangsa. 

Beliau bersama isteri, Datin Meryani Yassin, hadir pada 4.30 petang untuk meninjau perkembangan terakhir operasi serta memberi sokongan moral kepada ahli keluarga yang menunggu dengan penuh harapan.

Mereka turut berkesempatan bertemu ahli keluarga mangsa serta bersama-sama mendengar taklimat akhir yang disampaikan oleh barisan petugas hadapan.

Walaupun berat untuk diterima, keputusan sebulat suara dicapai bahawa PKTK di Jeti Kabong ditutup secara rasmi.

DATO Mohd Chee Kadir hadir bagi memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa di jeti Kabong, petang tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Namun, Chee Kadir berkata ikhtiar tidak terhenti di situ. Para nelayan setempat adalah digesa untuk terus memantau ketika turun ke laut menjalankan rutin harian.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan meneruskan rondaan seperti biasa di kawasan perairan berkenaan.

Chee Kadir turut menitipkan doa agar keluarga mangsa dikurniakan ketabahan. 

Katanya, tragedi ini adalah dugaan berat buat seluruh masyarakat Kabong, namun semangat kebersamaan dan sokongan berterusan akan menjadi penguat kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi SAR di Kabong ditamatkan, Aiman masih belum ditemui
Next: Beberapa klinik dan kemudahan kesihatan di Betong dinaik taraf, pusat dialisis akan dibina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.