Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Suasana Aidilfitri di Dalat meriah dengan hiasan lampu warna-warni
  • Tengah
  • WILAYAH

Suasana Aidilfitri di Dalat meriah dengan hiasan lampu warna-warni

Utusan Sarawak 12 hours ago
KEDIAMAN penduduk di Dalat dihiasi lampu berwarna-warni bagi memeriahkan suasana menjelang Aidilfitri.

DALAT: Suasana menjelang sambutan Aidilfitri di sekitar daerah Dalat dilihat meriah dengan kediaman penduduk dihiasi lampu berwarna-warni.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati orang ramai mula membuat persiapan akhir bagi menyambut 1 Syawal yang dijangka disambut esok, termasuk menghias rumah bagi memeriahkan suasana perayaan.

Hiasan lampu yang dipasang bukan sahaja menceriakan kediaman, malah turut menambah seri persekitaran kampung, sekali gus membangkitkan semangat Aidilfitri dalam kalangan masyarakat setempat.

KEDIAMAN penduduk di Dalat dihiasi lampu berwarna-warni bagi memeriahkan suasana menjelang Aidilfitri.

Selain itu, penduduk juga dilihat giat melakukan persiapan lain seperti menyediakan juadah tradisional serta memastikan rumah dalam keadaan bersih dan selesa bagi menerima kunjungan tetamu.

Aidilfitri yang bakal disambut esok dijangka diserikan lagi dengan amalan kunjung-mengunjung serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga dan komuniti.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Pelantikan JCI Damai ke-38 raikan kepimpinan baharu, kecemerlangan ahli
Next: Eksklusif: 45 jenis kek lapis Sarawak Abang Ajibi warnai Aidilfitri tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.