Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Suarez digantung tiga aksi MLS angkara meludah pegawai lawan
  • SUKAN

Suarez digantung tiga aksi MLS angkara meludah pegawai lawan

Utusan Sarawak 3 days ago

Pemain Seattle Sounders (jersi hijau) dan Inter Miami bergaduh pada aksi final Piala Liga di Lumen Field, Seattle pada 31 Ogos lalu. Luis Suarez (dua dari kiri) didapati bersalah meludah seorang pegawai Seattle.

NEW YORK: Bintang Inter Miami, Luis Suarez dikenakan penggantungan tiga perlawanan oleh Major League Soccer (MLS) semalam susulan insiden meludah selepas pasukannya tewas pada final Piala Liga kepada Seattle.

Tiga hari selepas penganjur Piala Liga menjatuhkan hukuman penggantungan enam perlawanan kepada Suarez kerana meludah pegawai Sounders selepas kekecohan susulan kemenangan 3-0 Seattle, MLS pula mengumumkan hukuman bagi saingan liga.

Bekas bintang Uruguay, Liverpool dan Barcelona berusia 38 tahun itu akan digantung dalam aksi musim biasa Miami menentang Charlotte Sabtu ini, aksi di laman sendiri menentang Seattle pada 16 September serta menentang DC United pada 20 September.

Also Suarez ketika Inter Miami menentang Seattle. Foto AFP

MLS turut membatalkan hak akreditasi kakitangan Sounders, Steven Lenhart bagi baki musim ini dan playoff, sekali gus menghalangnya daripada berada di padang atau bilik persalinan.

Sounders juga dikenakan denda yang tidak didedahkan kerana salah guna akreditasi.

Inter Miami kini menghuni tangga keenam Eastern Conference MLS dengan 46 mata – ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Philadelphia tetapi beraksi kurang empat perlawanan.

Jawatankuasa tatatertib Piala Liga menyatakan penggantungan Suarez hanya akan berkuat kuasa untuk edisi kejohanan tahun depan yang membabitkan pasukan dari MLS dan Liga MX Mexico.

Penganjur turut menjatuhkan penggantungan dua perlawanan kepada rakan sepasukan Suarez, Sergio Busquets, sementara Tomas Aviles digantung tiga perlawanan Piala dan Lenhart digantung lima perlawanan Piala.

Pada aksi final Piala Liga 31 Ogos lalu, Suarez meluru ke arah pemain tengah Sounders, Obed Vargas dan mencekiknya, mencetuskan kekecohan membabitkan ramai pemain serta pegawai kedua-dua pasukan.

Kamera kemudian merakam Suarez meludah ke arah seorang pegawai Seattle ketika dia berjalan menjauhi Vargas.

Suarez sebelum ini pernah digantung kerana menggigit dan melakukan penghinaan perkauman terhadap lawan dalam insiden berasingan sepanjang kariernya.

Dia memohon maaf atas tindakannya menerusi kenyataan Khamis lalu, sehari sebelum hukuman Piala diumumkan.

“Ia satu saat penuh ketegangan dan kekecewaan, yang mana sejurus selepas perlawanan berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan atas reaksi saya,” tulis Suarez di Instagram.

“Saya silap dan benar-benar menyesalinya… Saya rasa bersalah atas apa yang berlaku dan saya tidak mahu melepaskan peluang untuk mengakui kesalahan serta memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan perbuatan saya.” – AFP

Continue Reading

Previous: Isak gagal selamatkan Sweden, dikejutkan Kosovo
Next: Tewas mengejut di Hong Kong, Aaron Chia-Wooi Yik terpaksa balik awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.