Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Suara belia Sarawak jadi input dasar pembangunan masa depan
  • TEMPATAN

Suara belia Sarawak jadi input dasar pembangunan masa depan

Utusan Sarawak 14 hours ago
TEMU BUAL… Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli ditemu bual media selepas selesai majlis perasmian penutup program tersebut, bertempat di Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, hari ini. Foto Earl Anek

PAKAN: Program Kembara Jumpa Orang Muda Zon Borneo 2.0 membuka ruang interaksi unik antara belia Sarawak dengan keluarga angkat yang tidak pernah mereka kenali sebelum ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata, program tersebut memberi pengalaman berharga kepada peserta untuk menimba ilmu kehidupan dalam suasana baharu selama tiga hari dua malam.

“Ini adalah satu pengalaman yang baik terutamanya bagi anak-anak muda dari berbagai etnik di Sarawak, yang mana kita kumpul dan himpunkan mereka dalam program Kembara Jumpa Orang Muda selama tiga hari dua malam bersama dengan keluarga-keluarga angkat. 

“Mereka diberi peluang untuk berinteraksi dan mendapatkan pengalaman yang berbeza di persekitaran yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis perasmian penutup program tersebut di Rumah Kanyan, Nyalak Ladong, hari ini. 

Adam turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang diketuai oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah atas kerjasama erat sejak awal penganjuran hingga selesai.

“Saya ucapkan terima kasih terutama sekali kepada Dato Sri Karim di atas kerjasama yang sangat baik bermula dari awal sehingga hari ini yang mana banyak kami dapat bimbingan dan nasihat,” katanya. 

Tambahnya, seramai 60 peserta terlibat dalam program anak angkat, manakala sesi dialog pula berjaya menarik kehadiran 900 orang daripada pelbagai latar belakang termasuk masyarakat tempatan dan belia sekitar. 

“Sorotannya, kita mahu dengar pemerhatian golongan belia terutama sekali yang mewakili populasi belia Sarawak. 

“Jadi, kita boleh nampak tadi perbincangan, perbualannya tentang isu pendidikan, kesihatan mental dan sebagainya,” katanya lagi. 

Katanya, pandangan yang dikumpul daripada golongan belia ini amat penting untuk dijadikan input dalam merangka hala tuju pembangunan belia negara.

“Ini adalah satu yang saya harap dapat kita beri tumpuan juga terutama dari segi sudut penggarisan dasar dan polisi di masa hadapan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak komited baik pulih perumahan PDRM Tabuan Jaya
Next: GPS, agensi kerajaan dan NGO hulur bantuan kepada mangsa rumah runtuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.