Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Suami korban sumber pendapatan demi isteri
  • TEMPATAN

Suami korban sumber pendapatan demi isteri

Utusan Sarawak 3 months ago
PRIHATIN… Pasukan Hope Place ketika hadir bagi menyerahkan bantuan

KUCHING: Seorang suami dari Kampung Sinjok sanggup berhenti kerja sebagai pemandu lori demi menjaga isterinya yang menghidap sindrom MELAS (Mitochondrial Encephalomyopathy, Lactic Acidosis and Stroke-Like Episodes).

Sindrom MELAS ialah sejenis penyakit genetik dan dikategorikan sebagai penyakit yang jarang dijumpai, yang membabitkan sistem saraf dan otot.

Itulah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak didedahkan namanya yang hilang mata pencarian tetap kerana menggalas tugas menguruskan isteri yang terlantar sakit.

Pusat Kebajikan Harapan (Hope Place) Kuching menerusi satu hantaran Facebook berkata lelaki pertengahan umur itu kini hanya bekerja sambilan demi mencari nafkah.

”Sebelum ini, isterinya bekerja sebagai tukang cuci dan membersihkan sarang burung. Namun, pada 2023, dia mula mengalami sawan dan kesihatannya semakin merosot.

”Kini, dia juga mengalami demensia, mengalami kelemahan otot dan tidak boleh bercakap. Lebih menyedihkan, dia juga tidak dapat membezakan waktu siang dan malam serta tidak mengenali dirinya sendiri serta orang di sekelilingnya.

”Setiap hari dia hanya mampu terbaring lemah, kerap mengeluarkan bunyi yang tidak jelas. Dia juga menghidap kencing manis,” jelas Hope Place dalam hantaran itu.

Tidak dapat mengharapkan bantuan sesiapa, sang suami perlu meninggalkan isterinya sendirian di rumah tanpa pengawasan demi untuk keluar bekerja.

Menurut Hope Place lagi, pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan yang sedang belajar dan anaknya hanya akan pulang ke rumah pada hujung minggu untuk membantu menguruskan ibunya.

Difahamkan, suaminya baru sahaja memohon bantuan kebajikan masyarakat.

Sehubungan itu, Hope Place membantu Keluarga itu dengan menyumbang bantuan makanan asas dan lampin dewasa.

Sesiapa yang ingin menderma boleh menyalurkan bantuan berbentuk lampin dewasa bersaiz M (pita) untuk diagihkan kepada keluarga tersebut.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Derma darah sempena Hari Kesedaran Anemia Sedunia esok di Bangunan Sultan Iskandar
Next: Abdul Aziz Isa Marindo quits DAP, joining PBB  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.