Stuttgart tewaskan Freiburg selepas masa tambahan, mara ke final Piala Jerman

Facebook
WhatsApp

BERLIN: Penyandang juara VfB Stuttgart sekali lagi mara ke final Piala Jerman selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Freiburg selepas masa tambahan pada Rabu malam, lapor agensi berita Jerman dpa.

Tiago Tomas menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir masa tambahan sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh penyokong tuan rumah.

Freiburg mendahului menerusi jaringan Maximilian Eggestein pada minit ke-28, namun Deniz Undav menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-70.

Stuttgart kini berpeluang mempertahankan gelaran apabila akan menentang juara rekod Bayern Munich pada 23 Mei di Berlin.

Bayern menewaskan Bayer Leverkusen 2-0 pada Selasa.- Bernama-dpa

Kai Wun-Roy King juara Masters Korea

KUALA LUMPUR: Strategi Malaysia dalam acara beregu lelaki membuahkan hasil apabila pasangan Tee Kai Wun-Yap Roy King muncul juara Masters