Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Struktur semula pentadbiran Daerah Belaga
  • TEMPATAN

Struktur semula pentadbiran Daerah Belaga

Utusan Sarawak 4 years ago
MESYUARAT…Perbincangan penstrukturan semula Daerah Belaga.

Cadangan untuk menstrukur semula pentadbiran Daerah Belaga menjadi sebuah Bahagian penting sebagai penerus untuk merancakkan pembangunan di kawasan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, hal yang sedemikian ini berikutan keluasan yang dimiliki oleh pentadbiran Daerah Belaga.

“Daerah Belaga mempunyai keluasan yang besar dan perlu dijadikan sebagai bahagian yang juga akan memudahkan pentadbiran

“Kita berharap bahawa cadangan mewujudkan bahagian Belaga itu dapat dijayakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Cadangan Naiktaraf Daerah Belaga kepada Bahagian Belaga bertempat di Pejabat Residen Bintulu, baru-baru ini.

Sehubungan itu katanya, dialog berhubung perkara itu diadakan bagi mengutarakan cadangan persempadanan semula pentadbiran Kapit dengan menaik taraf Daerah Belaga kepada Bahagian Belaga.

“Ini juga akan merangkumi kawasan Tubau dan juga Data Kakus,” katanya.

Dalam program berasingan, Kennedy menghadiri Dialog Bersama Ketua-Ketua Masyarakat dan Tuai-Tuai Rumah (KMKK) di Kawasan Tubau.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Continue Reading

Previous: Jangan guna logo halal sewenang-wenangnya
Next: BSN MIRI DITUMPU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.