Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • STR: Kaunter bantu penerima tiada akaun bank dibuka di pedalaman Sarawak mulai 21 Jun
  • SEMASA

STR: Kaunter bantu penerima tiada akaun bank dibuka di pedalaman Sarawak mulai 21 Jun

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Kaunter pembayaran tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi penerima tiada akaun bank akan dibuka di kawasan pedalaman Sarawak mengikut zon bermula 21 Jun hingga 2 Ogos ini.

Perbendaharaan Malaysia Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi zon utara merangkumi Bintulu dan Miri, kaunter akan dibuka di Dewan Lamin Adet Bangen Kimet Uma Baha Apau Koyan di Sungai Asap, Belaga, Gelanggang Bola Keranjang Saberkas Yunit (6), pekan Tatau dan Dewan Masyarakat Sepupok, Niah pada 21 dan 22 Jun.

Kaunter bagi zon itu turut dibuka di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong pada 24 Jun, Dewan Rumah Adat Long, Busang, Belaga (5 Julai), Dewan Serbaguna Long Bedian, Baram (17 Julai), Dewan SJK(C) Kee Tee, Long Lama (19-20 Julai), Balai Raya Sebauh, Bintulu (19 Julai) dan Rumah Panjang Lusong Laku (2 Ogos). 

Bagi zon tengah merangkumi Sarikei, Mukah dan Kapit, kaunter akan dibuka di Dewan Kampung Semop, Daro (28-29 Jun), Stadium Perpaduan Dalat (28 Jun), Dewan Serbaguna Matu (30 Jun), Kompleks Sukan Tertutup Julau (12-13 Julai), Laman Pakan (12 Julai) dan Rumah Rantai, Nanga Semunte, Kapit (19-20 Julai).

Untuk zon selatan, kaunter akan dibuka di Dewan Balai Polis Kabong (5 Julai), Dewan Komuniti Pusa (5-6 Julai), Dewan Serbaguna Lingga (7 Julai), Dewan Masyarakat Sebuyau (12 Julai), Dewan Masyarakat Tebedu (26-27 Julai), Dewan Badminton Asaya Jaya Ulu (26-27 Julai) dan Dewan SMK Simunjan No.1 (26-27 Julai).

Perbendaharaan Malaysia Sarawak memaklumkan kaunter dibuka bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang kecuali di Dewan Kampung Semop, Daro pada 29 Jun, Pejabat Daerah Lingga dan Dewan Serbaguna Long Bedian dengan kaunter dibuka dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang.

Penerima turut dinasihatkan untuk membawa MyKad, MyKid atau sijil kelahiran asal bagi tujuan penunaian di lokasi yang dinyatakan dengan laluan dan kaunter berasingan turut disediakan untuk penerima 60 tahun ke atas.

“Sekiranya penerima atau waris berdaftar tidak dapat hadir pada tarikh ditetapkan, penunaian STR di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran boleh dilakukan bermula 3 Ogos hingga 31 Disember ini,” katanya dan penunaian di BSN tidak dibenarkan sepanjang tempoh program itu berlangsung.

Kementerian Kewangan melalui kerjasama strategik dengan Perbendaharaan Malaysia Sarawak, BSN, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan kerajaan Sarawak serta agensi-agensi berkaitan melaksanakan program berkenaan bagi penerima tiada akaun bank di kawasan pedalaman Sarawak.

STR merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup serta kenaikan harga barang. -Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 1,570 notis dikeluarkan sepanjang Ops Hari Raya Aidiladha di Sarawak
Next: Pameran Raja Kita diadakan di Limbang sempena Hari Keputeraan Agong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.