Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • STR Fasa 1 mula disalur hari ini – PM Anwar
  • NASIONAL

STR Fasa 1 mula disalur hari ini – PM Anwar

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI hari ini mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 melibatkan lima juta penerima.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia melibatkan 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan yang akan menerima antara RM100 hingga RM500, mengikut kelayakan masing-masing.

“Penambahbaikan kepada STR, yang kini disepadukan dengan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), memastikan golongan berkelayakan menerima bantuan yang lebih konsisten dan berkesinambungan dalam memenuhi keperluan asas,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan bagi memberi ruang kewangan pada waktu puncak seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang stabil.

Anwar berkata Kerajaan MADANI giat memastikan setiap rakyat dapat hidup bermaruah, tanpa ada yang terpinggir dalam mengharungi tekanan kos sara hidup.

“Saya berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Agong tegaskan hak negeri Sabah dan Sarawak perlu dihormati mengikut MA63
Next: Malaysia catat jumlah perdagangan RM3 trilion pada 2025, tertinggi dalam sejarah – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.