Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Stor simpanan alat kerja musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Roban Lama
  • KEBAKARAN

Stor simpanan alat kerja musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Roban Lama

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEBAKARAN pada stor penyimpanan alat kerja di rumah persendirian dalam kejadian di Jalan Roban Lama, tengah hari tadi. Foto APM Saratok

SARATOK: Stor penyimpanan alat kerja di rumah persendirian di Jalan Roban Lama musnah hampir 80 peratus dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.

​Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu memaklumkan bahawa Bilik Gerakan APM Saratok menerima panggilan kecemasan daripada seorang orang awam dikenali sebagai Hajijah pada 1.38 tengah hari. 

Bertindak atas maklumat tersebut, seramai enam orang anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lapan kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok.

​Setibanya di lokasi pada 1.50 tengah hari, pihak APM mendapati kebakaran tersebut sedang ditangani dan berjaya dipadamkan sepenuhnya hasil kerjasama pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), anggota APM, serta bantuan penduduk setempat.

KEBAKARAN pada stor penyimpanan alat kerja di rumah persendirian dalam kejadian di Jalan Roban Lama, tengah hari tadi. Foto APM Saratok

​Hasil pemeriksaan di tapak kejadian mendapati mangsa mengalami kerugian apabila sebahagian besar barangan di dalam stor berkenaan gagal diselamatkan. 

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan melibatkan mangsa mahupun petugas penyelamat sepanjang operasi dijalankan.

​Operasi bersepadu tersebut turut melibatkan kekuatan 12 anggota bomba, lapan anggota RELA, dan seorang anggota polis. 

Pasukan penyelamat memastikan keadaan di lokasi benar-benar selamat dan terkawal sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada 2:34 petang. 

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian rasmi masih lagi dalam proses siasatan pihak berkuasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Longgokan bahan binaan terbakar di kilang sejuk beku Jalan Kuching-Serian
Next: Tiada unsur jenayah dikesan dalam kebakaran stor simpanan di Jalan Roban Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.