Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Stor bengkel dipecah masuk di Debak, lelaki tempatan ditahan
  • JENAYAH

Stor bengkel dipecah masuk di Debak, lelaki tempatan ditahan

Utusan Sarawak 20 hours ago
POLIS menahan suspek berusia 23 tahun di kawasan Lalang, Debak pada 7 Ogos lalu dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah stor penyimpanan peralatan bengkel kereta di Debak, pada hujung bulan lalu. Foto: IPD Betong

BETONG: Tindakan pantas pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah stor penyimpanan peralatan bengkel kereta di Debak, pada hujung bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Rejali Angong berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 29 Julai lalu, sekitar 11.11 pagi, apabila seorang mekanik mendapati stor miliknya dipecah masuk. 

Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM2,000 melibatkan peralatan bengkel dan komponen kenderaan.

Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong berjaya menahan suspek berusia 23 tahun di kawasan Lalang, Debak pada 7 Ogos lalu sekitar 11.40 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes penyalahgunaan dadah dan jenayah harta benda. 

“Polis turut merampas semula satu unit jack hidraulik kenderaan yang dilaporkan hilang oleh pengadu,” jelasnya.

Menurutnya, permohonan reman selama empat hari sehingga 12 Ogos ini telah diluluskan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, serta boleh dikenakan denda atau sebatan bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek turut mendapati dia positif dadah jenis amphetamine/methamphetamine,” ujarnya.

Rejali menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti jenayah agar menyalurkannya segera kepada mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, sindiket kecurian kabel telekomunikasi Lawas berjaya dibongkar
Next: Remaja dicekup dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.