Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • STOLport Bebuling fasa akhir, dijangka siap Februari 2026 
  • Tengah
  • WILAYAH

STOLport Bebuling fasa akhir, dijangka siap Februari 2026 

Utusan Sarawak 14 hours ago
 DATUK Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan kerja ke projek pembinaan STOLport Bebuling, di Spaoh hari ini. Foto: JKR Sarawak

SPAOH: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan kerja ke projek pembinaan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling yang kini berada pada fasa akhir pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2026.

Beliau berkata, projek STOLport Bebuling merupakan infrastruktur strategik yang dibangunkan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi setempat, khususnya sebagai pintu masuk baharu pelancongan serta hab penghantaran kargo dan hasil pertanian ke pasaran luar.

Menurutnya, kemudahan tersebut dijangka meningkatkan kebolehcapaian kawasan pedalaman sekali gus memperkukuh rangkaian logistik udara di Sarawak, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang.

PROJEK STOLport Bebuling dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2026, dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat. Foto: JKR Sarawak

“STOLport ini akan memainkan peranan penting dalam membawa masuk pelancong ke kawasan sekitar, di samping memudahkan penghantaran keluar hasil pertanian tempatan untuk dipasarkan dengan lebih efisien,” katanya ketika meninjau kemajuan projek berkenaan, hari ini.

Uggah menambah, inisiatif ini turut menyokong pembangunan Taman Agro setempat serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk tempatan, termasuk dalam sektor pertanian, pelancongan dan perkhidmatan sokongan.

Beliau berkata, kewujudan STOLport Bebuling dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan aktiviti ekonomi baharu, selain meningkatkan pendapatan komuniti luar bandar melalui rantaian nilai yang lebih berkesan.

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menegaskan komitmen untuk memastikan projek berkenaan dilaksanakan mengikut jadual, spesifikasi serta standard kualiti yang ditetapkan.

Uggah berharap kemudahan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat apabila siap kelak, sekali gus menyumbang secara signifikan kepada agenda pembangunan mampan dan seimbang di Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ziarah Prihatin ADUN Kabong bantu warga emas terlantar sakit
Next: Kesejahteraan rakyat, keharmonian jadi teras Kuching Selatan 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.