
This picture taken on June 29, 2021 and released from North Korea's official Korean Central News Agency (KCNA) on June 30 shows North Korean leader Kim Jong Un attending an enlarged meeting of the 2nd Political Bureau of the Party Central Committee at the 8th congress of the Workers' Party of Korea at the Party Central Committee Headquarters in Pyongyang. (Photo by STR / KCNA VIA KNS / AFP) / - South Korea OUT / REPUBLIC OF KOREA OUT ---EDITORS NOTE--- RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO/KCNA VIA KNS" - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS THIS PICTURE WAS MADE AVAILABLE BY A THIRD PARTY. AFP CAN NOT INDEPENDENTLY VERIFY THE AUTHENTICITY, LOCATION, DATE AND CONTENT OF THIS IMAGE. THIS PHOTO IS DISTRIBUTED EXACTLY AS RECEIVED BY AFP. /

SEOUL: Kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun, wanita hamil dan ibu menyusukan anak, warga emas serta mereka yang sakit adalah golongan paling berisiko diancam kebuluran di Korea Utara sekarang.
Sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandemik Covid-19 yang menyaksikan kawasan sempadan dengan China ditutup dan ancaman kemarau di negara itu memburukkan masalah kekurangan bekalan makanan.
Jika berterusan, tidak mustahil krisis kebuluran yang pernah dialami negara itu pada 1990-an berulang kembali.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, bulan lalu mengakui negaranya kini berdepan dengan krisis bekalan makanan.
“Keadaan ketika ini semakin tegang kerana sektor pertanian tidak mampu mengeluarkan hasil yang mencukupi susulan taufan pada tahun lalu, dengan Covid-19 memburukkan keadaan,” katanya.
Korea Utara memerlukan 5.2 tan makanan tahun lalu, namun sektor pertaniannya hanya mampu menghasilkan empat juta tan, menyebabkan kekurangan bekalan makanan lebih sejuta tan.
Walaupun dengan import makanan, negara itu tetap berdepan kekurangan bekalan sebanyak 780,000 tan bagi tempoh 2020-2021.
Perkara itu dimaklumkan dalam laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB pada bulan lalu.
“Sekiranya jurang itu tidak dipulihkan menerusi import komersial atau bantuan bekalan makanan, penduduk Korea Utara berdepan dengan kebuluran bermula antara Ogos dan Oktober tahun ini,” jelas pertubuhan itu.
Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) memaklumkan 10 juta penduduk di Korea Utara terjejas akibat bekalan makanan tidak mencukupi dengan 140,000 kanak-kanak berusia bawah lima tahun bakal mengalami kekurangan zat.
Keadaan itu juga dijangka menyebabkan kadar kematian penduduk Korea Utara meningkat pada tahun ini.
Selepas Pyongyang menutup pintu sempadan sebagai usaha mengekang penularan jangkitan coronavirus, import dari China menurun sehingga 81 peratus pada 2020.
Antara barangan yang dibawa masuk dari China ke negara itu sebelum ini adalah baja serta minyak manakala bekalan perubatan dan keperluan isu rumah ditahan.
Dilaporkan, ribuan kontena yang membawa barang keperluan ke Korea Utara terkandas di beberapa pelabuhan China, malah ada yang sudah sampai tarikh luput. – AFP