Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Stiker Gawai didik pemandu tentang keselamatan jalan raya
  • TEMPATAN

Stiker Gawai didik pemandu tentang keselamatan jalan raya

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Sri Lee Kim Shin menunjukkan stiker berkenaan ketika ditemui media semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sarawak Sempena Hari Gawai Dayak 2025 di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Kementerian Pengangkutan Sarawak memperkenal stiker keselamatan jalan raya bertemakan Hari Gawai Dayak 2025 sebagai langkah kreatif mendidik pengguna jalan raya agar lebih mematuhi peraturan keselamatan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, stiker tersebut boleh dilekatkan dalam kenderaan dan berfungsi sebagai peringatan harian kepada pengguna agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu.

“Tahun ini, sempena Gawai, kita lancarkan kempen menggunakan stiker ini yang boleh diletakkan dalam kenderaan supaya setiap hari ia mengingatkan kita untuk patuh segala peraturan keselamatan jalan raya.

“Dulu sempena Tahun Baharu Cina (TBC) kita beri sampul angpau, sekarang untuk Gawai kita perkenalkan stiker,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sarawak Sempena Hari Gawai Dayak 2025 di PETRONAS Jalan Sibiyu di sini, hari ini.

Menurutnya, inisiatif seumpama itu juga menyasarkan golongan muda terutamanya Gen Z dan Gen Alpha yang gemar mengumpul stiker dan membuat jurnal sebagai pendekatan mendidik yang lebih berkesan dan mesra generasi muda.

“Kita berharap stiker ini bukan sahaja menjadi hiasan tetapi dapat menyemai budaya keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming dan ADUN Jepak, Iskandar Turkee serta Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Utamakan keselamatan, bukan kerana pihak berkuasa
Next: SHFF 2025 bakal gegarkan Kuching dengan kehadiran lebih 22,000 pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.