Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Stigma masyarakat masih cabaran utama pesakit HIV
  • KESIHATAN

Stigma masyarakat masih cabaran utama pesakit HIV

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO’ Hanifah Hajar Taib ketika ditemui media selepas majlis perasmian Teratak Kasih Tok Nan di Bintulu

BINTULU: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan terus menyalurkan bantuan dan geran bagi menyokong usaha membantu golongan terjejas HIV dan AIDS, khususnya dalam menangani stigma serta diskriminasi masyarakat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Hanifah Hajar Taib berkata, masih wujud salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap pesakit HIV dan AIDS, sekali gus memberi kesan emosi kepada mereka.

Menurut beliau, stigma yang berterusan menyebabkan sebahagian pesakit berasa terpinggir serta takut mendapatkan rawatan

Katanya, usaha meningkatkan kesedaran awam perlu dipergiat bagi mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif dan prihatin.

“Masih terdapat terlalu banyak stigma dan salah faham dalam masyarakat.

“Disebabkan kurangnya kesedaran, pesakit sering berasa diri mereka didiskriminasi,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Teratak Kasih Tok Nan (TKTN) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pusat sokongan komuniti seperti TKTN menyediakan ruang selamat kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan dan menjalani ujian saringan tanpa rasa takut dipandang serong.

Menurutnya, kemudahan tersebut turut membantu menggalakkan lebih ramai individu tampil menjalani saringan awal.

“Usaha kesedaran dan pencegahan perlu diteruskan walaupun jumlah kes kelihatan kecil,” katanya.

 DATUK Amar Dr Sim Kui Hian ketika ditemui media selepas majlis pembukaan Teratak Kasih Tok Nan di Bintulu.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, bilangan kes HIV baharu di Sarawak menunjukkan penurunan sebanyak 8.4 peratus pada 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, sebanyak 205 kes direkodkan pada 2025 berbanding 224 kes pada 2024, namun usaha pencegahan dan rawatan perlu terus diperkukuh bagi memastikan trend positif tersebut berterusan.

Katanya lagi, kegagalan mendapatkan rawatan secara konsisten boleh meningkatkan risiko jangkitan serta menjejaskan tahap kesihatan pesakit.

“HIV dan AIDS masih memerlukan rawatan jangka panjang.

“Kerajaan menyediakan ubat dan rawatan, namun masih terdapat jurang sokongan, khususnya dari segi pengangkutan,” katanya.

 DATUK Amar Dr Sim Kui Hian dan Dato’ Hanifah Hajar Taib melihat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Teratak Kasih Tok Nan ketika lawatan selepas majlis perasmian di Bintulu.

Menurutnya, peranan pertubuhan komuniti amat penting dalam membantu pesakit meneruskan rawatan, termasuk menampung kos perjalanan bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Bahagian Kuching mencatatkan kes tertinggi dengan 71 kes, diikuti Miri 36 kes dan Bintulu 33 kes.

Tambah beliau, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan pengurusan pesakit dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan menyeluruh.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: ‘United by Unique’ warnai sambutan Hari Kanser Sedunia 2026 di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.