Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • STEM perlu terus diperkasa bagi melahirkan generasi berdaya saing
  • PENDIDIKAN

STEM perlu terus diperkasa bagi melahirkan generasi berdaya saing

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERASMIAN… Dr Cheong merasmikan Cabaran Robotik Antara Sekolah dan Inovasi 3D Sarawak 2026 di Sekolah Tinggi Katolik Sibu, hari ini. Turut disaksikan oleh Dr Elton (kiri) dan Sng (kanan).

SIBU: Pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu terus diperkasa bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menerajui pembangunan Sarawak dalam era teknologi yang semakin pesat berkembang.

Ketua Bahagian Inovasi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Dr Cheong Yaw Liang berkata, kerajaan Sarawak komited memperkukuh agenda STEM menerusi pelbagai inisiatif termasuk bantuan pendidikan dan pembangunan bakat bagi memastikan lebih ramai pelajar berpeluang menceburi bidang tersebut.

Menurutnya, kerajaan Sarawak turut menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada pelajar yang layak, termasuk peluang melanjutkan pengajian dalam bidang STEM serta bantuan kewangan kepada keluarga yang memerlukan.

BAKAT… Cabaran Robotik Antara Sekolah dan Inovasi 3D Sarawak 2026 di Sekolah Tinggi Katolik Sibu, hari ini.

“Kerajaan Sarawak melabur dalam pembangunan bakat anak-anak Sarawak kerana mereka merupakan aset penting yang akan memacu kemajuan negeri pada masa depan.

“Pendidikan STEM membuka pelbagai peluang kerjaya dan memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk membina masa depan yang lebih cerah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri MEITD, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada majlis perasmian Cabaran Robotik Antara Sekolah dan Inovasi 3D Sarawak 2026 di Sekolah Tinggi Katolik Sibu, hari ini.

Dr Cheong berkata, pertandingan seumpama itu bukan sekadar medan persaingan, malah platform untuk pelajar membuktikan kemampuan diri, mengembangkan kreativiti serta mempamerkan bakat dalam bidang teknologi dan inovasi.

Katanya, para peserta perlu memanfaatkan peluang yang diberikan untuk menimba pengalaman baharu serta meningkatkan kemahiran yang diperlukan dalam dunia yang semakin dipacu teknologi.

“Pertandingan ini bukan semata-mata mengenai kemenangan, sebaliknya peluang untuk menunjukkan potensi diri dan mengharumkan nama sekolah masing-masing.

“Anda semua merupakan masa depan Sarawak dan bakal memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri serta negara,” ujarnya lagi.

Beliau berharap program berkenaan dapat diperluaskan pada masa hadapan sehingga menjadi acara bertaraf kebangsaan yang menghimpunkan peserta dari seluruh Malaysia dalam bidang dron, robotik dan inovasi.

Dalam pada itu, Dr Cheong turut berkongsi kejayaan sekumpulan pelajar dari Mulu yang menerima sokongan kerajaan negeri untuk menyertai pertandingan di Hong Kong dan berjaya membawa pulang anugerah cemerlang sekali gus mengharumkan nama Sarawak di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, kejayaan tersebut membuktikan bahawa pelajar Sarawak mempunyai potensi besar untuk bersaing di pentas global sekiranya diberikan peluang dan sokongan yang sewajarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa para peserta agar terus berusaha, memanfaatkan peluang yang ada serta membina jaringan kerjasama kerana hubungan yang terjalin hari ini mampu membuka ruang kepada kejayaan pada masa hadapan.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Tinggi Katholik Sibu, Daniel Sng Wei Siong dan Ketua Pegawai Teknologi U Best Youbisheng Sdn Bhd, Dr Elton Wong Kee Sheng.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 18 pelajar terbaik STPM terima biasiswa Universiti Awam – Fadhlina
Next: 160 pelajar Sarawak sertai Cabaran Robotik, Dron dan Inovasi 3D

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.