Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • STEM Pencetus Perubahan: Pandu Puteri Sarawak sasar lahir pemimpin berdaya saing
  • PENDIDIKAN

STEM Pencetus Perubahan: Pandu Puteri Sarawak sasar lahir pemimpin berdaya saing

Utusan Sarawak 2 days ago
PRESIDEN Persatuan Pandu Puteri Sarawak, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud menghadiri majlis perasmian bengkel tersebut di Pusat Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak, hari ini. Foto UKAS  

KUCHING: Bengkel Jurulatih Dewasa STEM Pencetus Perubahan Zon Sarawak 2025 menjadi platform penting dalam memperkasa pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Sarawak untuk memupuk minat wanita muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menurut Presiden Persatuan Pandu Puteri Sarawak, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud yang merasmikan majlis berkenaan berkata, penguasaan dalam bidang STEM amat penting untuk membentuk generasi wanita yang berkeyakinan serta berdaya saing.

“Melalui Pencetus Perubahan STEM, kita mahu setiap wanita berani mencipta perubahan. Ia bukan hanya tentang sains dan teknologi, tetapi juga membina semangat kepimpinan, kreativiti dan keberanian.

“Inisiatif itu selaras dengan visi jangka panjang persatuan untuk melahirkan pemimpin muda yang mampu menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan pembangunan negara,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis perasmian bengkel tersebut di Pusat Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak, hari ini. 

Penyertaan 60 pemimpin Pandu Puteri dari seluruh Sarawak menjadikan bengkel itu sebagai wadah perkongsian ilmu bagi memperkukuh kemahiran mereka dalam membimbing ahli muda dengan kaedah pembelajaran berinovasi.

Peserta juga diberi pendedahan tentang pelan pelaksanaan program Pencetus Perubahan STEM yang dirancang dilaksanakan menerusi siri latihan dan projek komuniti di peringkat akar umbi.

Amanda L

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: TVET terus jadi pemacu kemahiran negara – Roland Sagah
Next: Kerajaan Sarawak sasar turun 10 peratus kes kehamilan remaja setiap tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.