Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • STEM pemacu pendidikan digital Sarawak – Roland Sagah
  • PENDIDIKAN

STEM pemacu pendidikan digital Sarawak – Roland Sagah

Utusan Sarawak 1 day ago
PAMERAN DIRAJA…Dato Sri Roland Sagah Wee Inndan kenaman lain pada Pameran Raja Kita di Arena Petanque Dewan Suarah Limbang hari ini. Foto: Adeng Edrus

LIMBANG: Sarawak bersedia mendepani cabaran pelaksanaan dasar pendidikan digital seiring usaha mengintegrasikan teknologi terkini dalam proses pembelajaran.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata peralatan digital dan platform dalam talian bukan trend semata-mata tetapi kini ia sebagai keperluan asas penting dalam pengajaran.

Menurutnya pelaksanaan bidang berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sarawak satu inisiatif awal kepada anak-anak untuk menerokai pembelajaran secara digital.

“Bagi pembelajaran dari segi digital dan sebagainya memang dalam proses meningkatkan lagi cara-cara kita memberi pendedahan kepada anak-anak sekolah kepada semua teknologi yang baru.

“Oleh itu, kita perlu memberi tumpuan kepada pembelajaran STEM,” katanya dalam sidang media pada perasmian Pameran Raja Kita sempena sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025, di Arena Petanque B, Dewan Suarah, Limbang hari ini.

Beliau menjelaskan transisi Sarawak ke arah digitalisasi menjadi pemangkin dalam memacu wilayah ini ke arah transformasi yang dinamik pada masa hadapan.

“Digitalisasi dengan ekonomi baharu kita di mana kita selalu mendengar dasar negeri Sarawak kepada ekonomi hijau kerana ia berkaitan dengan perkembangan global khususnya berkaitan kelestarian alam sekitar.

“Semua ini memang memerlukan pendidikan berkaitan STEM yang mengutamakan bahasa Inggeris. Jadi anak-anak perlu belajar bahasa Inggeris,” katanya.

Menyentuh mengenai Pameran Raja Kita, beliau memberitahu pameran berkenaan menjadi salah satu tarikan sempena sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17, di Limbang ini.

Pameran ini akan berlangsung bermula hari ini, 12 Jun hingga 15 Jun ini.

Jelasnya, Pameran Raja Kita bakal memaparkan sejarah institusi Yang di-Pertuan Agong, Pertabalan Agong, Majlis Raja-Raja serta barang-barang kebesaran Yang di-Pertuan Agong. 

Bukan itu sahaja, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia mempamerkan barang-barang reproduksi regalia Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 

Sebanyak lapan barang-barang reproduksi dibawa khas ke Limbang untuk Pameran Raja Kita iaitu tengkolok, keris panjang, cogan alam, cokmar, cogan agama, keris pendek, gendik (tiara) dan pending diraja.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak fokus penguasaan Bahasa Inggeris, pendidik dicabar hasilkan cadangan holistik
Next: Belia di Jepak disaran rebut peluang latihan vokasional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.