Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • STEM Catalysts himpun lebih 1,000 pelajar luar bandar di SMK Long Lama
  • PENDIDIKAN

STEM Catalysts himpun lebih 1,000 pelajar luar bandar di SMK Long Lama

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATO’ Sri Roland Sagah Wee Inn (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat dan para peserta yang turut serta dalam majlis tersebut.

LONG LAMA: Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Catalysts Raspberry Pi 2025 berjaya menarik penyertaan lebih 1,000 pelajar luar bandar dari sekitar Baram dalam penganjuran sempena ulang tahun ke-60 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama yang berlangsung di sini, hari ini.

Majlis tersebut merupakan persinggahan ke-17 dan terbesar dalam siri jelajah program anjuran Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) dengan kerjasama Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills).

PARA pelajar tekun mendengar penerangan daripada fasilitator semasa lawatan berlangsung.

Program sehari itu memperkenalkan pelbagai aktiviti pendidikan interaktif merangkumi robotik, perlumbaan dron, sistem hidraulik, eksperimen hidrogen, kawalan lengan menggunakan kecerdasan buatan serta pengaturcaraan digital yang dikendalikan oleh fasilitator terlatih.

Pelajar dari sekolah-sekolah sejauh SK Long Lapok turut hadir bagi menyertai program berkenaan, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk meneroka aplikasi STEM secara langsung di luar bilik darjah.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn berkata melalui penganjuran ini, pelajar bukan sahaja melihat sains dan teknologi secara teori tetapi juga menyentuh dan mencubanya sendiri. 

DATO’ Sri Roland Sagah Wee Inn memberikan perhatian penuh ketika mendengar penjelasan daripada petugas Sarawak Skills di reruai pameran.

Program STEM Catalysts menyasarkan kunjungan ke-18 daerah di seluruh negeri dari April hingga Julai 2025 dan setakat ini telah melibatkan lebih 160 buah sekolah luar bandar, melepasi sasaran awal iaitu 130 buah sekolah serta mencapai lebih 6,000 pelajar.

Penganjuran program ini bukan sahaja merangsang minat terhadap STEM dalam kalangan murid luar bandar, malah mencetuskan sambutan positif dalam kalangan guru.

“Kami amat teruja apabila beberapa guru membeli bahan pameran di lokasi. Sambutan ini membuktikan semangat akar umbi dalam menyokong pendidikan STEM,” tambah beliau.

DATO’ Sri Roland Sagah Wee Inn menyaksikan dengan penuh minat demonstrasi produk oleh para pelajar.

Kementerian juga memperkukuh akses kepada pendidikan STEM menerusi Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak yang menawarkan pengecualian yuran sepenuhnya kepada pelajar dalam bidang STEM di institusi pengajian tinggi milik negeri, manakala pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah layak menerima elaun tahunan sebanyak RM15,000.

“Inilah peluang terbaik kepada anak-anak luar bandar untuk menembusi bidang berteknologi tinggi dan membina masa depan lebih cemerlang,” katanya lagi.

Selain itu, MEITD turut melaksanakan beberapa inisiatif sokongan seperti program ‘Tiada Kanak-Kanak yang Tertinggal’ oleh Yayasan Hornbill yang menyediakan pembelajaran dalam talian kepada 11 sekolah menengah luar bandar melalui sambungan internet Starlink serta program latihan bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang membina kemahiran pengaturcaraan dalam kalangan pelajar dan guru di kawasan pedalaman.

MEITD menetapkan sasaran untuk mencapai 60 peratus kadar penyertaan pelajar dalam bidang STEM menjelang 2030 dan penganjuran program di SMK Long Lama dilihat sebagai antara usaha signifikan untuk memperkasa pelajar luar bandar ke arah celik teknologi dan berdaya inovatif.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: JPNIN galak guru Tabika Perpaduan gunakan media sosial tarik murid baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.