Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Stella Rimington ketua pengarah wanita pertama M15 meninggal dunia
  • GLOBAL

Stella Rimington ketua pengarah wanita pertama M15 meninggal dunia

Utusan Sarawak 1 day ago

LONDON: Stella Rimington, wanita pertama dilantik sebagai ketua  pengarah agensi perisikan Britain, MI5 telah meninggal dunia pada usia 90 tahun, umum keluarganya pada Isnin, lapor PA Media/dpa.

Digelar housewife superspy’ ketika memegang jawatan itu, Rimington diiktiraf secara meluas sebagai sumber inspirasi watak ‘M’ lakonan Judi Dench dalam siri filem James Bond.

Beliau dilahirkan pada 13 Mei 1935 dan meninggal dunia pada Ahad malam .

Dalam satu kenyataan, keluarganya berkata: “Beliau meninggal dunia di sisi keluarga dan anjing kesayangannya dan tetap berpegang teguh pada kehidupan yang dicintainya sehingga nafas terakhirnya.”

Beliau menyertai MI5 secara sepenuh masa pada 1969 dan berkhidmat sebagai pengarah bagi setiap cawangan operasi perkhidmatan itu sebelum dilantik sebagai timbalan ketua pengarah pada 1991 dan dinaikkan pangkat menjadi ketua pengarah setahun kemudian.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai ketua dari 1992 hingga 1996, beliau terlibat dalam menangani ancaman termasuk daripada IRA dan Rusia.

Beliau merupakan ketua MI5 pertama yang identitinya didedahkan kepada umum semasa pelantikannya. Namun, selepas sebuah akhbar menyiarkan gambar kediamannya, beliau dan keluarganya telah dipindahkan ke lokasi rahsia demi keselamatan mereka.

Meninggalkan MI5 pada 1996, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang novelis.– Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Bumi berputar semakin pantas: 5 Ogos, siang hari paling singkat dunia
Next: Gunung berapi hambur abu setinggi tujuh kilometer di Kamchatka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.