Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • STB tanam 2,500 pokok di Miri, perkukuh komitmen kelestarian alam sekitar
  • TEMPATAN

STB tanam 2,500 pokok di Miri, perkukuh komitmen kelestarian alam sekitar

Utusan Sarawak 1 day ago
LEMBAGA Pelancongan Sarawak (STB) menanam sebanyak 2,500 anak pokok spesies tempatan di Rizab Alam Semula Jadi Piasau, Miri hari ini. Foto Lembaga Pelancongan Sarawak (STB)

MIRI: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) terus memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dengan menanam sebanyak 2,500 anak pokok spesies tempatan di Rizab Alam Semula Jadi Piasau, Miri hari ini.

Penanaman tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif ecoGreenPlanet yang dilaksanakan sejak 2023 dan kini mencatat jumlah keseluruhan 6,200 pokok, bersamaan 62 peratus daripada sasaran 10,000 pokok menjelang 2027.

Inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) ini merupakan usaha berterusan STB di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk memulihkan alam sekitar, melindungi biodiversiti serta memupuk amalan pelancongan bertanggungjawab.

“Hari ini bukan sekadar menanam pokok tetapi menanam harapan, kerjasama dan tanggungjawab. 

“Sarawak bukan hanya bercakap soal kelestarian, kita laksanakan tindakan nyata,” kata Pengerusi STB, Dennis Ngau.

Penanaman pokok di Miri ini melengkapi aktiviti serupa yang telah dijalankan di Pusat Lindungan Hidupan Liar Samunsam dan Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima dengan jangkaan penyerapan karbon sebanyak 1,085 tan karbon dioksida CO₂ dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Program ini turut menjadi sebahagian daripada usaha kelestarian Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2025, yang kini menetapkan penanda aras baharu dalam pengurusan acara berasaskan prinsip tanggungjawab alam sekitar.

Antara inisiatif hijau RWMF tahun ini termasuk sistem bas ulang-alik bagi mengurangkan pelepasan karbon, stesen pengecas dan pencahayaan berkuasa solar yang disokong Sarawak Energy Berhad, serta projek kitar semula yang mengubah lebih 1,300 gelang tangan menjadi tali lanyard hasil tangan ibu tunggal tempatan.

Amalan dapur kitaran turut diperkenalkan melalui kerjasama dengan SD Guthrie yang menukar minyak masak terpakai menjadi biodiesel.

Selain itu, pelbagai gerai pendidikan interaktif turut diadakan, merangkumi pemuliharaan hidupan liar bersama World Wide Fund for Nature (WWF), pembuatan ecobrick bersama Persatuan Penjual Barangan Terpakai dan Kitar Semula Miri, serta penjejakan jejak karbon dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA).

Inisiatif ecoGreenPlanet menyokong matlamat pembangunan mampan antarabangsa termasuk Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (SDG 12), Tindakan Iklim (SDG 13), dan Perkongsian untuk Matlamat (SDG 17).

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Taklimat penyeragaman, penggunaan sticker OKU kukuhkan sinergi rentas agensi
Next: Bengkel Ngerembaika Pantun Iban 2025, 26-27 Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.