Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • STATOS terus perkukuh hubungan Sarawak–Singapura
  • SEMASA

STATOS terus perkukuh hubungan Sarawak–Singapura

Utusan Sarawak 21 hours ago
KENANGAN… Pasukan STATOS bergambar kenangan sempena ulang tahun ke-6 penubuhan pejabat itu di Singapura. Sejak mula beroperasi pada 2019, STATOS giat memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan pelancongan antara Sarawak dan Singapura.

SINGAPURA: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS) meraikan ulang tahun ke-6 penubuhannya bulan ini, menandakan satu perjalanan penuh kejayaan dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Sarawak dan Singapura khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Ditubuhkan secara rasmi pada 20 Jun 2019 oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, STATOS kini berkembang menjadi sebuah entiti penting dalam menjana peluang ekonomi baharu untuk Sarawak di rantau ini.

Daripada hanya tiga kakitangan pada permulaan operasinya, STATOS kini dianggotai oleh 10 individu profesional yang giat mempromosikan keunikan Sarawak kepada rakyat Singapura dan komuniti antarabangsa, merangkumi pelbagai aspek termasuk budaya, makanan, pengembaraan dan produk tempatan.

“Sejak penubuhan STATOS, promosi Sarawak sebagai destinasi pelancongan semakin berkembang pesat. Ramai rakyat Singapura kini mula mengenali keunikan negeri ini sebagai pilihan baharu percutian,” kata Pengarah EU Holidays Pte Ltd, Wong Yew Hoong.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara STATOS dan pemain industri pelancongan Singapura telah membawa kepada peningkatan ketara dalam ketibaan pelancong ke Sarawak, dengan lonjakan sebanyak 29 peratus sejak 2019.

STATOS turut memainkan peranan penting dalam membuka pasaran baharu bagi produk dan perniagaan tempatan ke luar negara, termasuk perusahaan sosial yang dikendalikan oleh usahawan wanita Sarawak.

“STATOS menjadi pemangkin kepada usaha kami memasarkan produk berasaskan warisan Sarawak ke pasaran serantau dan global,” kata Trudy Tan, Pengasas Bersama Supreme Indah Sdn Bhd.

Pengarah East Asia Palm Products Sdn Bhd, Andrew Nguang pula menyifatkan STATOS sebagai platform berkesan untuk mempromosikan inovasi produk Sarawak ke peringkat antarabangsa.

Bagi usahawan Sarawak yang menetap di Singapura, Eric Kon dari Alpha-B Holdings Pte Ltd menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian STATOS yang telah berjaya memperkenalkan Sarawak kepada lebih ramai masyarakat antarabangsa.

Dalam pada itu, STATOS turut menzahirkan komitmen terhadap pembangunan projek lestari apabila memainkan peranan awal dalam menjalin hubungan bagi Projek H2ornbill yang kini menjadi antara projek hidrogen terpenting di Sarawak.

“Kami bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif awal dalam projek berimpak tinggi ini. STATOS akan terus membuka laluan, membina jambatan dan menyokong agenda perdagangan, pelaburan serta kelestarian Sarawak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif STATOS, Chew Chang Guan.

STATOS turut menerima bimbingan berterusan daripada Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, yang menekankan kepentingan memacu kerjasama strategik dan mengenal pasti peluang bernilai tinggi untuk dibawa pulang kepada agensi negeri.

Mengorak langkah ke hadapan, STATOS kini dalam perancangan menganjurkan Sarawak Mega Fair 2025 dengan kerjasama Pejabat Premier dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), bagi memperluas pasaran eksport dan mempromosi pelaburan serta pelancongan negeri itu di Singapura.

Dengan sokongan berterusan daripada kerajaan Sarawak dan para rakan strategik, STATOS terus komited untuk melonjak lebih tinggi dalam memperkukuh kedudukan Sarawak di peringkat serantau dan global.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pastikan pelaksanaan dasar, perlindungan hak pekerja dapat dilaksanakan secara menyeluruh
Next: Sarawak perhebat pemuliharaan marin, libat kerjasama masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.