KUCHING: Pejabat Perdagangan dan Pejabat Pelancongan Singapura (STATOS) & Bountiful Harvest Pte Ltd akan bekerjasama dengan veteran Makanan dan Minuman (F & B) Singapura penganjur pameran, rancangan Singapore Food, untuk membawa jenama Sarawak kepada pengguna Singapura melalui E-Shop.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif STATOS, Chew Chang Guan berkata, objektif utama E-shop dibuat adalah untuk menjana dan meningkatkan perdagangan eksport di negeri ini ke Singapura dan seterusnya ke luar negara.
Singapore Food Shows e-Shop adalah satu platform yang tepat untuk melancarkan produk premium Sarawak kepada pengguna di Singapura.
“Objektif ini selaras dengan visi Sarawak untuk menjadi eksport domestik terbesar dan untuk menjadi pengeksport makanan utama menjelang tahun 2030.
Katanya, Bountiful Harvest Pte Ltd adalah milik Sarawak, pengimport produk pertanian dan makanan F&B di Singapura akan mengambil bahagian sebagai salah satu vendor utama di E-shop Singapore Food Shows yang akan datang.
“Bountiful Harvest Pte Ltd ini bertindak sebagai pengedar, syarikat itu akan mengimport ke Singapura dan beberapa jenama F&B Sarawak seperti MUSC Sarawak Laksa Paste, Rajaborneo Honey, Qin Yan Lin Bird Nest, KOPIMAS, LECOS, KokoRich dan 2bi.
“Jenama-jenama ini akan membuat kemunculan sulung produk mereka di E-shop Singapore Food Shows di samping mempromosi dan membuat kempen pemasaran selama sebulan secara khusus,” jelasnya.
Dalam pada itu, usaha pemasaran digital ini adalah lanjutan dari perjalanan transformasi digital Sarawak dengan memberi peluang kepada perniagaan dan jenama tempatan memasuki pasaran global dan membantu membuka perdagangan pelancongan kita.
“Kami ingin memastikan bahawa seluruh warga Singapura mengetahui produk pertanian dan F&B di Sarawak sangat berkualiti dan sangat dinanti-nantikan.
“Oleh itu, kami menyeru agar semua bakal pengeksport dan pengeluar produk F&B tempatan di negeri ini untuk menghubungi pihak kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.” Katanya.
Oleh Jeakqleyn Yacho