Kerajaan Sarawak mengambil insiatif menubuhkan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) bagi memperkenalkan produk Sarawak ke peringkat antarabangsa.
Sarawak sudah membuka STATOS tersebut di Singapura dan merancang untuk membuka dua lagi pejabat masing-masing sebuah Bandar Seri Begawan, Brunei dan Pontionak, Indonesia.
Penubuhan pejabat tersebut akan merancakkan lagi urusan perdagangan di antara ketiga-tiga negara tersebut dengan Sarawak, selain mengukuhkan kerjasama yang telah sedia ada.
Pejabat Dagang tersebut akan menjadi titik penghubung antara pengekport dan komuniti perniagaan yang ada di ketiga-tiga negara tersebut terutama dalam sektor pertanian, pelaburan serta pelancongan.
Berucap pada majlis perasmian pejabat STATOS di Singapura, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pembukaan pejabat berkenaan adalah strategi Kerajaan Sarawak untuk meneroka lebih banyak peluang pelaburan selain mempromosikan Sarawak di kalangan rakyat Singapura.
Menurut beliau, dengan wujudnya STATOS, perdagangan antara Sarawak dan Singapura dijangka meningkat sebanyak 30 peratus untuk tempoh 2019 hingga 2020.
“Kerajaan Sarawak yakin pelaburan republik itu akan memberi impak positif kepada Sarawak kerana Singapura menjadi hab perdagangan antarabangsa,” katanya.