Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • STATOB platform perluaskan ekonomi Brunei-Sarawak
  • WILAYAH

STATOB platform perluaskan ekonomi Brunei-Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago
PROGRAM DERMA DARAH… Sebastian turut mengambil kesempatan melakukan pemeriksaan kesihatan pada program derma darah anjuran SUPP Limbang, semalam. 

LIMBANG: Penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei (STATOB) yang dijangka beroperasi pada penghujung tahun ini dilihat sebagai platform menyebarluaskan ekonomi dua hala melibatkan negara Brunei dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, penubuhannya bertepatan dengan usaha Sarawak memperkenalkan produk pelancongan tempatan ke peringkat antarabangsa menerusi jalinan kerjasama negara jiran.

“Penubuhan seumpama ini iaitu Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS) telah memberi impak positif.

“Respons ini sekali gus memperkenalkan Sarawak di pasaran antarabangsa selain meningkatkan jumlah kemasukan pelancong Singapura ke Sarawak.

“Oleh itu, saya yakin STATOB akan mencatatkan kejayaan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Derma Darah anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Limbang di sini, semalam.

Menurutnya, perkara itu juga telah mencapai persetujuan eringkat kementerian Brunei dan STATOB akan beroperasi di Ibu Kota Bandar Seri Begawan.

Turut hadir, Pengerusi SUPP Limbang Kaunselor Michael Tiong Hok Choon dan wakil Sugar Bun Limbang Ngu Tiong Hui yang menaja makanan dan minuman sempena program itu.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Ada sinar baharu setelah 10 tahun penantian – Dr Sim   
Next: Larian 722 Hari Sarawak 22 Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.