Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Startup World Cup Malaysia 2025 cipta sejarah penganjuran di Sarawak
  • TEMPATAN

Startup World Cup Malaysia 2025 cipta sejarah penganjuran di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
UDIN Bujang berucap ketika merasmikan Startup World Cup Malaysia 2025 Peringkat Akhir Zon Timur yang berlangsung di Kampung Digital TEGAS (TDV) hari ini.

KUCHING: Startup World Cup Malaysia 2025 Peringkat Akhir Zon Timur yang berlangsung di Kampung Digital TEGAS (TDV) hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dianjurkan di Sarawak.

Penganjuran julung kali ini bukan sahaja menjadi pencapaian penting bagi negeri ini, malah turut memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab inovasi digital dan keusahawanan yang semakin berkembang pesat di rantau Borneo.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Udin Bujang, mewakili Pengerusi TEGAS yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Menurut beliau, penganjuran Startup World Cup Malaysia di Sarawak merupakan pengiktirafan besar terhadap pembangunan ekosistem pemula niaga (startup) di negeri ini serta kejayaan inisiatif digital yang dilaksanakan di bawah agenda pembangunan negeri.

“Kami amat berbangga menerima kehadiran rakan-rakan strategik dari seluruh negara dan Sabah ke Sarawak. Penghargaan juga kepada Growth Charger selaku penganjur dan rakan rasmi Startup World Cup Malaysia kerana memilih Sarawak sebagai lokasi penganjuran peringkat akhir Zon Timur,” katanya.

Jelasnya, kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk Cradle selaku rakan penaja utama, Cyberview, MDEC, WORQ, iCube Innovation, SDEC serta rakan ekosistem dan pelabur modal teroka membuktikan komitmen bersama dalam membangunkan landskap keusahawanan digital di Malaysia Timur.

Tambah beliau, usaha ini sejajar dengan matlamat Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak (SDEB 2030) yang menyasarkan masyarakat digital yang inklusif, mampan dan berdaya saing menjelang 2030.

“Transformasi digital adalah teras strategi pembangunan Sarawak dan TEGAS memainkan peranan penting sebagai pemangkin perubahan menerusi pendidikan TVET, penggalakan STEM, inovasi dan keusahawanan digital belia,” ujarnya.

Melalui platform seperti Kampung Digital TEGAS dan Hab Inovasi Digital TEGAS di Kuching, Bintulu dan Miri, TEGAS menyediakan ekosistem lengkap kepada usahawan pemula termasuk ruang kerja bersama, program pemecutan, bimbingan, akses kepada pembiayaan dan jaringan industri.

“Program lain seperti TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp, SCALE Sarawak dan Sarawak Shell LiveWIRE juga menyokong usaha ini secara langsung di bawah kempen #InnovateSarawak,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada 10 finalis dari Sarawak dan Sabah yang berjaya mara ke peringkat akhir dan menyifatkan pencapaian mereka sebagai bukti kesungguhan, kreativiti dan kesediaan bersaing di pentas antarabangsa.

“Ini bukan sekadar pertandingan pembentangan idea, tetapi platform penting untuk membawa inovasi tempatan ke peringkat global dan membuka peluang pelaburan baharu,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa semua pihak termasuk pelabur, korporat, institusi pendidikan dan sektor awam untuk terus menyokong dan memperkukuh ekosistem inovasi di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak melalui TEGAS komited dalam memperkasa ekonomi digital secara inklusif, membangunkan bakat belia serta merangsang pertumbuhan mampan dan jangka panjang,” tegas beliau.

Majlis berkenaan menyaksikan kehadiran tetamu kehormat, hakim profesional, rakan strategik dan peserta dari seluruh Malaysia Timur.

Para finalis akan berentap untuk mewakili Zon Timur ke pentas kebangsaan dan seterusnya berpeluang ke peringkat global di Silicon Valley, Amerika Syarikat.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Completion and handover of stage construction and floor levelling at Kampung Bukit Panchor Hall
Next: Lawas bakal jadi hab ternakan kerbau, ikonik Sarawak menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.