Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • STA minta kerajaan timbang semula penggunaan e-invois
  • BISNES

STA minta kerajaan timbang semula penggunaan e-invois

Utusan Sarawak 8 months ago

KUCHING: Keputusan kerajaan untuk mewajibkan penggunaan e-invois bagi semua perniagaan di negara ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Menurut kenyataan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA), dasar ini dianggap tidak mengambil kira cabaran dihadapi oleh PKS, yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif STA, Annie Ting, menyatakan bahawa walaupun niat kerajaan untuk memodenkan sistem percukaian difahami, pelaksanaan e-invois secara mandatori akan memberi impak yang tidak seimbang kepada PKS. 

Katanya, ini kerana kebanyakan PKS tidak mempunyai sumber dan kepakaran yang mencukupi untuk melaksanakan penyelesaian teknologi yang kompleks.

“Salah satu isu yang dibangkitkan adalah ambang pendaftaran e-invois yang rendah, iaitu bagi perniagaan dengan hasil melebihi RM150,000 setahun.

“PKS mungkin perlu membuat pelaburan besar dalam peralatan baharu, perisian, dan latihan untuk mematuhi peraturan ini. 

“Bagi banyak PKS, perbelanjaan ini di luar kemampuan mereka, dan mereka terpaksa mengalihkan sumber daripada aktiviti perniagaan teras atau berdepan risiko tidak mematuhi peraturan,” katanya.

STA mencadangkan agar kerajaan menawarkan insentif seperti rebat cukai atau bantuan kewangan bagi menggalakkan penggunaan e-invois secara sukarela.

STA berpendapat bahawa negara seperti Singapura, Australia, dan United Kingdom telah berjaya menggalakkan penggunaan e-invois melalui kerangka sukarela, yang memberi fleksibiliti kepada perniagaan untuk memilih penyelesaian terbaik.

STA menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula dasar ini dan menjadikannya pilihan sukarela bagi perniagaan, sambil menyediakan insentif yang efektif. 

“Pendekatan ini dilihat dapat mengurangkan beban kewangan terhadap PKS, mempromosikan inovasi, dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi Malaysia yang lebih dinamik,” katanya. 

Continue Reading

Previous: ASM 3 umum agihan pendapatan RM837.89 juta
Next: 2,000 GLC akan diaudit mulai tahun depan – Ketua Audit Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.