Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SRS bantu polis kekang jenayah
  • TEMPATAN

SRS bantu polis kekang jenayah

Utusan Sarawak 5 years ago
SEDIA…SRS Zon 1 Kampung Muhibbah merakam gambar kenangan bersama Ahmad Noorkamal Abdul Malik dan Suzie Masin sebelum bermula Program Lan Meronda sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 di penempatan mereka dalam Bandar Simanggang.

SIMANGGANG: Penduduk harus berasa bangga jika dapat menyertai Skim Rondaan Sukarela yang ditubuhkan di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam penempatan mereka sendiri.

Ini kerana SRS boleh dianggap sebagai pasukan barisan hadapan yang berjuang memastikan harta benda penduduk dan keselamatan kediaman penduduk di penempatan mereka terlindung dari masa ke semasa.

“SRS menerusi operasi rondaannya pada waktu malam mungkin tidak mampu mengekang kegiatan jenayah seperti pecah rumah atau kecurian di dalam penempatan mereka sendiri sehingga ke tahap 100 peratus.

“Bagaimanapun kehadiran SRS akan menyebabkan penjenayah berasa gerun dan berfikir dua kali jika hendak melakukan kegiatan mereka di sesebuah penempatan itu kelak,” kata Ketua Peronda SRS Zon 1 Kampung Muhibbah, Ramli Abu Sera.

Selain itu beliau juga menyarankan KRT di taman perumahan atau kampung berdekatan dalam bandar ini untuk bertindak menubuhkan SRS jika mereka masih belum berbuat demikian.

Katanya tindakan bukan sahaja dapat mengurangkan risiko jenayah di penempatan mereka malah dapat mengurangkan beban anggota polis dalam melakukan rondaan keselamatan di sekitar kediaman mereka kelak.

“Jangan ambil tindakan sendiri jika (SRS) berjaya menangkap individu atau kumpulan yang sedang melakukan aktiviti jenayah dalam penempatan kita.

“Sebaliknya serahlah penjenayah tersebut kepada polis untuk tindakan lanjut. Dengan berbuat demikian maka SRS bukan sahaja dapat berbakti kepada penduduk malah turut membantu pihak polis menurunkan kadar jenayah di sini dari masa ke semasa,” katanya.

Terdahulu SRS Zon 1 Kampung Muhibbah menerusi 14 anggotanya telah melakukan Program Lan Meronda di sekitar zon tengah dan selatan penempatan mereka bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 lepas.

Turut sama menyertai program tersebut adalah Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Ahmad Noorkamal Abdul Malik, Penolong Pegawainya, Suzie Masin dan Pengerusi KRT Zon 1 Kampung Muhibbah, Latipah Mantali.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Wanita, Pemuda PBB digesa bersiap sedia
Next: 298 wakil badan agama terima bantuan UNIFOR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.