Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gelanggang tinju di Sibu bukti kebangkitan luar biasa petinju muda Sri Aman
  • SUKAN

Gelanggang tinju di Sibu bukti kebangkitan luar biasa petinju muda Sri Aman

Utusan Sarawak 5 hours ago
TBBC Sri Aman meraikan kejayaan pasukan mereka dalam satu majlis makan malam di sini, semalam. Foto: TBBC Sri Aman

SIMANGGANG: Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Sibu baru-baru ini mencatat sejarah manis buat Sri Aman apabila Kelab Tinju Tidal Bore (TBBC) muncul Juara Keseluruhan Kategori Junior.

Ketua Jurulatih TBBC Sri Aman, Kamaruddin Mohammad berkata pasukan serba muda itu berjaya membawa pulang tiga pingat emas, tujuh perak dan empat gangsa, satu pencapaian membanggakan yang menjadi simbol kemunculan bakat luar biasa dari Sri Aman.

“Dengan kejayaan ini akan memberikan suntikan semangat kepada para petinju untuk menghadapi Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2025 Edisi Ke-4 yang dijadualkan berlangsung pada Ogos ini di Sri Aman.

“Persiapan sedang dilakukan dan kita berharap kesemua petinju bersedia. Semangat juang pasukan kini semakin membara, kita harap kesemua petinju akan menghadiahkan kejayaan kepada TBBC Sri Aman pada kejohanan berprestij itu nanti,” katanya semasa meraikan kejayaan pasukan itu pada satu majlis makan malam di sini, semalam.

Pasukan TBBC Sri Aman dibimbing oleh empat jurulatih iaitu Joe Engkujat, Mohamad Ishak Wahab, Bibi Nurfaezah Md. Mujahidin Sonata dan Siti Nur Azhyani Sukor.

Mengulas lanjut  Kamaruddin berkata pihak TBBC Sri Aman menzahirkan penghargaan kepada semua penyumbang dan penaja yang tidak jemu menyokong kejayaan pasukan.

“Sumbangan dana dan sokongan moral daripada semua pihak menjadi pemangkin kejayaan dan sumber inspirasi buat pasukan.

“TBBC Sri Aman kini bersedia untuk melangkah lebih jauh dan membawa nama Sri Aman serta Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu, TBBC Sri Aman turut menzahirkan terima kasih kepada Pengarah Urusan Megah Awada SB, Awangku Hafizi Awang Azahari atas sokongan berterusan dan suntikan semangat yang beliau berikan kepada kelab selama ini.

Awangku Hafizi turut melahirkan rasa syukur dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peninju dan jurulatih atas pencapaian luar biasa ini.

Sementara itu, kejayaan ini turut disemarakkan dengan pelaksanaan Program Belia Unggul Komuniti Utuh & Teguh (BUKUT) di bawah inisiatif APPGM-SDG, yang telah membawa banyak perubahan positif dalam membina kelab yang lebih mantap, bersatu dan berpotensi tinggi.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 96800 JR juara Pertandingan Dart Beregu Pesta Saratok 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.