Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sri Aman bakal jadi tumpuan peminat kraftangan dengan pembinaan bangunan Industri Kotej baharu
  • Tengah
  • WILAYAH

Sri Aman bakal jadi tumpuan peminat kraftangan dengan pembinaan bangunan Industri Kotej baharu

Utusan Sarawak 22 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis meluangkan masa mengunjungi Tamu Simanggang pada pagi hujung minggu bersama penduduk setempat, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Bandar Simanggang dijangka bakal menjadi tumpuan baharu para peminat dan penggiat industri kraftangan apabila bangunan Industri Kotej yang dirancang untuk dibina bersebelahan Tamu Simanggang siap sepenuhnya kelak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, penubuhan bangunan berkenaan dijangka akan membuka lebih banyak peluang kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan hasil tangan mereka dengan lebih teratur dan menarik perhatian pelancong.

“Pembinaan bangunan Industri Kotej ini bukan sahaja akan memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi penduduk tempatan, malah memperkukuh kedudukan Sri Aman sebagai pusat tumpuan pelancongan dan hasil kraftangan di bahagian ini.

“Ia sekali gus bakal menjadi mercu tanda baharu pembangunan ekonomi kreatif di Sri Aman serta membuka ruang luas kepada pengusaha kecil memasarkan produk kraftangan tempatan kepada pasaran lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meluangkan masa mengunjungi Tamu Simanggang pada pagi hujung minggu bersama penduduk setempat, hari ini.

Dalam kunjungan itu, Harden turut beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung serta berkesempatan membeli sayur-sayuran hasil hutan yang dijual oleh penduduk dari kawasan pedalaman.

Menurutnya, suasana aman dan harmoni di Bandar Simanggang memberi keyakinan kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti harian dan perniagaan kecil dengan selesa.

“Penyediaan infrastruktur yang baik hasil usaha berterusan kerajaan dan wakil rakyat setempat amat penting bagi membantu masyarakat tempatan mencari rezeki serta memperkukuh ekonomi komuniti,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kaunter Bergerak SUPP mudahkan urusan komuniti di Joy Food Court
Next: Uggah tegaskan kepentingan penyelarasan projek infrastruktur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.