Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sputnik V vaksin Covid-19 pertama
  • GLOBAL

Sputnik V vaksin Covid-19 pertama

Utusan Sarawak 5 years ago
VAKSIN PERTAMA… Sputnik V

MOSCOW: Vaksin pertama di dunia yang didaftarkan untuk merawat Covid-19 serta dibangunkan oleh Rusia diberi nama Sputnik V, memetik laman web rasmi vaksin pada Selasa.

“Pada 1957, kejayaan pelancaran satelit buatan manusia pertama Kesatuan Soviet menjadi pemacu kepada penyelidikan ruang angkasa di seluruh dunia.

“Terima kasih atas perbandingan ini, vaksin berkenaan diberi nama Sputnik V,” jelas laman web itu.

Buat masa ini ada lebih 160 vaksin Covid-19 sedang dibangunkan di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Rusia TASS.

Laman web berkenaan diwujudkan “untuk menyalurkan dan menyebarkan maklumat terperinci serta terkini mengenai vaksin berkenaan” dan “memerangi maklumat palsu mengenai vaksin yang dibuat oleh beberapa saluran berita antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, pada Selasa ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) Kirill Dmitriev menyatakan terdapat “serangan maklumat terhadap vaksin Rusia.”

Presiden Vladimir Putin pada hari sama dilaporkan berkata Rusia negara pertama di dunia yang mendaftarkan vaksin Covid-19. 

Ia berikutan kejayaan ujian klinikal yang dibuat pada Jun hingga Julai oleh Institut Penyelidikan Kebangsaan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya, Kementerian Kesihatan Rusia. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pertempuran bersenjata di Mogadishu ragut 11 nyawa
Next: BANJIR RAGUT 172 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.