Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Spurs malukan Man City di Etihad
  • SUKAN

Spurs malukan Man City di Etihad

Utusan Sarawak 1 day ago

Pemain Manchester City, Rodri berebut bola dengan pemain Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur dalam aksi di Stadium Etihad, Manchester.

MANCHESTER: Manchester City gagal memanfaatkan aksi di tempat sendiri apabila tewasx2-0 di tangan Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, malam ini.

Kekalahan itu sememangnya merencat rentak City yang sebelum ini menang dalam aksi pembukaan EPL minggu lalu.

Sebaliknya ia memberi momentum positif buat Tottenham untuk meraih enam mata maksimum dalam dua aksi dilalui setakat ini.

Dalam aksi itu, pelawat nyata cukup bersedia dengan berjaya menangkis setiap gerakan tuan rumah yang diketuai Erling Haaland di jentera hadapan.

Biarpun menguasai aksi dengan baik, City tampak sukar menembusi kubu Tottenham yang bertahan cukup berdisiplin.

Gol pelawat diraih menerusi Brennan Johnson pada minit 35 sebelum ia dilebarkan Joao Palhinha dalam masa kecederaan babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, City cuba bangkit namun keputusan itu kekal hingga wisel penamat.

Continue Reading

Previous: Aqib X Kampung Boy FC mara ke perlawanan akhir Liga Sri Aman
Next: Arsenal belasah Leeds, Gyokeres mula tunjuk taring

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.